مباشر الأحد، 2 أغسطس 2026
عاجل
سياسةحكم الصلاة خلف إمام مدخن.. وهل يجوز الوقوف على يساره؟سياسةآخر تحديث لسعر عيار 21 في الصاغة الآنسياسةحركة فتح: مصر قطعت الطريق أمام تهجير الشعب الفلسطيني من قطاع غزة.. و4 دقائق صنعت الفارق.. كيف أنقذت قاطرات ميناء دمياط الأرصفة والمنشآت من كارثة السفينتين؟| اخبار التوك شوسياسة300 جنيه للمادة.. أين تذهب حصيلة رسوم تظلمات الثانوية العامة؟|التعليم تحسم الجدلسياسةخبير عسكري: الحشود الأمريكية المتزايدة لا تعني أن قرار عودة الحرب على طهران أصبح نهائيًاسياسةأخبار السيارات| 5 سيارات أوتوماتيك زيرو في مصر «تحت المليون».. ماذا تقدّم GMC هامر 2026 الجديدة؟سياسةقبل انطلاق منافسات الدوري.. البنك الأهلي يُواصل استعداداته للموسم الجديدسياسةبعد انفصالها عن أحمد خالد صالح.. هنادي مهنا تظهر مع ريم العدل في كواليس «خيال مريض» | صورالعالموسائط الدفاع الجوي تتصدى لـ 635 مسيرة أوكرانية في مناطق متفرقة خلال الليل- الدفاع الروسيةسياسةانسحاب «العمال الكردستاني» من 81 موقعاً على حدود تركيا لدفع السلامالعالمولي عهد السعودية يحثّ ترامب على التهدئة ويعرب عن قلقه تجاه الأهداف التي قد يتم تدميرها في إيرانالعالمأغنى الأطعمة بالحديدالعالماحتراق بارجة ألعاب نارية في بحيرة جنيف خلال احتفالات اليوم الوطني السويسريالشرق الأوسطأمريكا تلغي هجمات مقررة ضد إيران وترامب يوضح السببالعالمساعة الصفر اقتربت.. تطورات حاسمة في صفقة محمد صلاح وموعد الفحص الطبي في ناديه الجديدالعالمجنوب روسيا.. مقتل شخصين بهجوم أوكراني بالمسيراتالعالمالدفاع الجوي الروسي يتصدى لهجوم كبير على مقاطعة روستوف مدمرا 150 مسيرة خلال الليل- السلطاتالعالمأكثر من 350 هزة ارتدادية خلال 5 أيام في كوماموتو اليابانيةالشرق الأوسطمدى نفوذ الحوثي وإلى متى “يبقى محور المقاومة” لإيران؟.. نظرة سريعة على ما يراه محللونالعالمالسلطات: مقتل شخصين جراء هجوم بطائرة مسيرة في مقاطعة ساراتوفسياسةحكم الصلاة خلف إمام مدخن.. وهل يجوز الوقوف على يساره؟سياسةآخر تحديث لسعر عيار 21 في الصاغة الآنسياسةحركة فتح: مصر قطعت الطريق أمام تهجير الشعب الفلسطيني من قطاع غزة.. و4 دقائق صنعت الفارق.. كيف أنقذت قاطرات ميناء دمياط الأرصفة والمنشآت من كارثة السفينتين؟| اخبار التوك شوسياسة300 جنيه للمادة.. أين تذهب حصيلة رسوم تظلمات الثانوية العامة؟|التعليم تحسم الجدلسياسةخبير عسكري: الحشود الأمريكية المتزايدة لا تعني أن قرار عودة الحرب على طهران أصبح نهائيًاسياسةأخبار السيارات| 5 سيارات أوتوماتيك زيرو في مصر «تحت المليون».. ماذا تقدّم GMC هامر 2026 الجديدة؟سياسةقبل انطلاق منافسات الدوري.. البنك الأهلي يُواصل استعداداته للموسم الجديدسياسةبعد انفصالها عن أحمد خالد صالح.. هنادي مهنا تظهر مع ريم العدل في كواليس «خيال مريض» | صورالعالموسائط الدفاع الجوي تتصدى لـ 635 مسيرة أوكرانية في مناطق متفرقة خلال الليل- الدفاع الروسيةسياسةانسحاب «العمال الكردستاني» من 81 موقعاً على حدود تركيا لدفع السلامالعالمولي عهد السعودية يحثّ ترامب على التهدئة ويعرب عن قلقه تجاه الأهداف التي قد يتم تدميرها في إيرانالعالمأغنى الأطعمة بالحديدالعالماحتراق بارجة ألعاب نارية في بحيرة جنيف خلال احتفالات اليوم الوطني السويسريالشرق الأوسطأمريكا تلغي هجمات مقررة ضد إيران وترامب يوضح السببالعالمساعة الصفر اقتربت.. تطورات حاسمة في صفقة محمد صلاح وموعد الفحص الطبي في ناديه الجديدالعالمجنوب روسيا.. مقتل شخصين بهجوم أوكراني بالمسيراتالعالمالدفاع الجوي الروسي يتصدى لهجوم كبير على مقاطعة روستوف مدمرا 150 مسيرة خلال الليل- السلطاتالعالمأكثر من 350 هزة ارتدادية خلال 5 أيام في كوماموتو اليابانيةالشرق الأوسطمدى نفوذ الحوثي وإلى متى “يبقى محور المقاومة” لإيران؟.. نظرة سريعة على ما يراه محللونالعالمالسلطات: مقتل شخصين جراء هجوم بطائرة مسيرة في مقاطعة ساراتوف
أسعار
دولار أمريكي51.12EGPيورو58.86EGPجنيه إسترليني68.81EGPريال سعودي13.63EGPدرهم إماراتي13.92EGPدينار كويتي165.21EGPدينار أردني72.11EGPريال قطري14.04EGPليرة تركية1.08EGPيوان صيني7.55EGPذهب 246,646.42EGP/جمذهب 215,815.62EGP/جمذهب 184,984.82EGP/جمفضة94.82EGP/جم
دولار أمريكي51.12EGPيورو58.86EGPجنيه إسترليني68.81EGPريال سعودي13.63EGPدرهم إماراتي13.92EGPدينار كويتي165.21EGPدينار أردني72.11EGPريال قطري14.04EGPليرة تركية1.08EGPيوان صيني7.55EGPذهب 246,646.42EGP/جمذهب 215,815.62EGP/جمذهب 184,984.82EGP/جمفضة94.82EGP/جم
خبر عاجل

Dilema generasi ‘sandwic’ tersepit dalam kemakmuran ekonomi

Baru-baru ini buat kali pertama dalam sejarah negara, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerbitkan Akaun Pindahan Negara (NTA) 2022.

NTA boleh diibaratkan sebagai ‘jam biologi ekonomi’ kerana ia menunjukkan hubung kait pendapatan dan penggunaan rakyat Malaysia merentas pelbagai generasi dalam satu kitar hayat populasi.

Dalam konteks perancangan ekonomi, NTA ini merupakan data penting bagi Malaysia, khususnya dalam usaha mengurus sumber mendepani cabaran pembangunan populasi, termasuk populasi menua.

Defisit kitaran hayat tingkat kebergantungan rentas populasi

Menurut takrifan antarabangsa, penduduk bekerja ditakrifkan sebagai individu yang berumur antara 15 hingga 64 tahun, iaitu suatu tempoh ‘ideal’ selama 49 tahun bagi individu untuk bergiat aktif dalam aktiviti ekonomi dan menjana pendapatan.

Bagaimanapun, NTA Malaysia menunjukkan secara per kapita rakyat hanya mula menjana pendapatan buruh melebihi tahap penggunaan bermula pada usia 29 tahun hingga 55 tahun.

Ini bermakna, tempoh seseorang individu menjadi ‘penyumbang bersih’ kepada ekonomi hanyalah selama 26 tahun berbanding 49 tahun dalam ukuran ideal.

Hal ini bermaksud, di luar tempoh tersebut, iaitu sejak lahir hingga berumur 28 tahun, dan dari umur 56 tahun hingga akhir hayat, seseorang individu berada dalam keadaan yang diistilahkan sebagai ‘defisit kitaran hayat’.

Situasi defisit kitaran hayat ini menunjukkan sebahagian populasi ‘terpaksa’ bergantung kepada lebihan pendapatan orang lain atau simpanan persendirian untuk menampung kos sara hidup.

Paradoks struktur demografi

Peralihan demografi Malaysia sedang berlaku dengan kadar yang semakin pantas dan membimbangkan.

Kadar kesuburan jumlah (TFR) telah menurun kepada 1.6, jauh di bawah paras penggantian 2.1 yang diperlukan bagi mengekalkan kestabilan penduduk. Keadaan ini mewujudkan satu paradoks struktur demografi nasional.

Hakikatnye, Malaysia sedang menua lebih cepat berbanding keupayaannya untuk menjadi sebuah negara kaya.

Perkara ini amat membimbangkan memandangkan Malaysia secara rasminya telah beralih kepada status ‘negara menua’ apabila 7% penduduk berumur 65 tahun dan ke atas pada tahun 2021, dan dijangka menjadi ‘negara tua’ apabila kadar tersebut mencapai 14% menjelang 2048.

Krisis generasi ‘sandwic’

Bagi menampung keperluan perbelanjaan rentas generasi, data NTA menunjukkan tekanan besar yang ditanggung oleh tenaga kerja semasa.

Pindahan persendirian bersih, iaitu sokongan kewangan dalam keluarga, menunjukkan bahawa individu berumur 29 hingga 55 tahun bukan sahaja menyara diri sendiri, malah turut menjadi ‘bank’ kepada golongan muda berumur 0 hingga 28 tahun dan warga tua berumur 56 tahun ke atas.

Inilah yang dinamakan krisis generasi ‘sandwic’.

Umum mengetahui dilema ekonomi pekerja hari ini yang dihimpit antara kos membesarkan anak yang semakin meningkat dan juga keperluan perubatan ibu bapa yang semakin menua.

‘Rekahan’ ekonomi semasa cipta jurang ekonomi

Dalam konteks negara yang menjulang status negara maju dan makmur ekonomi, data NTA mengetengahkan beberapa ‘rekahan’ dalam model ekonomi semasa negara.

Pertama, perangkap penggunaan yang menekan ekonomi isi rumah. Penggunaan persendirian sebanyak RM31,564 per kapita jauh mengatasi sokongan institusi awam sebanyak RM6,382 per kapita. Ini bermakna beban penuaan pada masa ini lebih banyak ditanggung oleh ahli keluarga berbanding oleh jaringan keselamatan sosial yang kukuh.

Kedua, jurang simpanan yang lebar untuk saraan sepanjang hayat. Walaupun simpanan persendirian mencapai kemuncak sebanyak RM56,998 pada umur 65 tahun, jumlah ini amat tidak mencukupi.

Kajian menunjukkan bahawa hampir 58% ahli berumur 54 tahun mempunyai simpanan KWSP kurang daripada RM100,000, sedangkan pendapatan persaraan asas sebanyak RM1,000 sebulan memerlukan sekurang-kurangnya RM240,000.

Ketiga, perbezaan dalam pembiayaan kesihatan. Perbelanjaan kesihatan sektor awam dan swasta meningkat dengan ketara selepas umur 65 tahun.

Tanpa model pembiayaan yang pelbagai dan dinamik, peningkatan kos penyakit kronik akan membebankan belanjawan kerajaan serta mengurangkan pendapatan boleh guna generasi yang masih bekerja.

Merombak kitaran hayat Malaysia

Malaysia perlu melangkaui pendekatan kovensional dalam menentukan hala tuju keputusan persaraan dan dasar keluarga.

Tiga anjakan segera perlu diberi perhatian.

Pertama, galakan tenaga kerja aktif sepanjang hayat. Malaysia perlu agresif untuk meningkatkan penyertaan tenaga buruh dalam kalangan mereka yang berumur 60 hingga 64 tahun.

Kajian terkini mencadangkan bahawa usaha mengekalkan warga emas dalam pekerjaan yang fleksibel dan mesra usia adalah penting bagi menampung peningkatan penyertaan pekerja berusia sebanyak 10.4% menjelang 2030.

Langkah ini dapat menangguhkan defisit kitaran hayat ke usia yang lebih lewat, sekali gus mengurangkan tekanan terhadap pekerja muda.

Kedua, menginstitusikan penjagaan warga tua. Pada masa ini, perbelanjaan kerajaan menunjukkan prestasi yang baik dalam pembiayaan pendidikan, namun masih ketinggalan berbanding perbelanjaan swasta dalam aspek penjagaan warga tua.

Sehubungan itu, Malaysia memerlukan satu ‘Dasar Ekonomi Penjagaan Negara’ yang antara lainnya menyediakan insentif cukai bagi perkhidmatan penjagaan warga tua.

Langkah ini dapat mengurangkan beban penjaga, yang pada masa ini turut menjadi antara faktor menyebabkan kira-kira 60 peratus wanita Malaysia berada di luar tenaga buruh.

Ketiga, mengimbangi pertumbuhan wilayah. Data NTA menunjukkan wujudnya ketidaksamaan yang ketara antara negeri.

Contohnya, Sabah dan Kelantan mempunyai corak kitaran hayat yang berbeza berbanding Selangor dan Kuala Lumpur.

Oleh itu, dasar masa hadapan perlu lebih terperinci dan menyasarkan intervensi peringkat negeri yang mengambil kira kepantasan demografi setempat.

Inovasi sosial, intervensi pasaran buruh

Dalam keadaan populasi belia semakin mengecil dan jumlah warga tua yang semakin meningkat, inovasi baharu dalam ekonomi penjagaan amat mendesak.

Tindakan segera perlu diambil melalui pelbagai intervensi menyeluruh dalam pasaran buruh. Pendapatan buruh perlu ditingkatkan, khususnya bagi golongan yang baru memasuki pasaran kerja, supaya mereka mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi sepanjang tempoh lebihan pendapatan mereka.

Selain itu, pendidikan tidak formal dan bukan formal juga perlu diberi perhatian, khususnya bagi mengiktiraf kemahiran sepanjang hayat di samping laluan pendidikan arus perdana.

Tambahan itu, merekabentuk semula masyarakat agar warga emas kekal sebagai aset produktif, dan bukan sekadar tanggungan ekonomi, juga merupakan agenda dasar yang penting.

Sekiranya Malaysia kurang cermat dalam menyesuaikan ‘kontrak sosial’ masa kini, lebihan ekonomi yang telah membina kemakmuran Malaysia moden akan semakin menyusut, sekali gus meninggalkan generasi akan datang dengan beban yang tidak mampu mereka tanggung.

 

Penulis ialah penyelidik bersekutu Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia dan penyelidik Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA), The Future.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

المصدر: Free Malaysia Today

0 مشاهدة

أضف تعليقاً

لن يتم نشر عنوان بريدك الإلكتروني. الحقول الإلزامية مشار إليها بـ *