مباشر الخميس، 18 يونيو 2026
عاجل
سياسةالوقت ليس كافياً؟ 7 حيل ذكية للحصول على البروتين يومياًسياسة7 أطعمة تحتوي على كالسيوم أكثر من شريحة الجبنرياضة محليةمن تاريخ الجهلمنوعاتعائشة كاي تكشف عن انضمامها لدورة في الرقص السامري على أنغام أغنية “البوشية”.. فما القصة؟رياضة محليةضبط كميات من مادة ثاني أكسيد التيتانيوم داخل محل عصائر ببني سويف (صور)منوعاتبعد تكرار الوقائع.. أسوان تضع حلولًا جذرية للتعامل مع الكلاب الضالةرياضة محليةإطلاق نار قرب مطار نيامي الدولي يثير مخاوف أمنية في عاصمة النيجرسياسةاتهامات بالتلاعب تبعد الإيفواري واهي عن مباراة ألمانيامنوعاتفوائد مذهلة للقرنفل المغلي.. دعم للمناعة وتحسين للهضم وتعزيز لصحة الفمالعالمبوتين يدعو للتحول إلى العملات الوطنية في التجارة بين روسيا ودول آسيانرياضة محليةضبط 12 شخصا بتهمة استغلال الأطفال في أعمال التسول بالقاهرةسياسةإيران.. سوق المال تشهد ارتفاعا قياسيا عقب توقيع الاتفاق مع واشنطنرياضة محليةأسماء أوائل الشهادة الإعدادية بالوادي الجديدعلوم وتكنولوجياقطعة من ديناصور عمرها ملايين السنين على ظهر الآيفون.. ما القصة؟رياضة محليةالرعاية الصحية: توقيع 6 مذكرات تفاهم لتعزيز الابتكار والتحول الرقمي وتطوير الخدمات الطبيةرياضة محليةطالبة تنهي حياتها حزنا على فسخ خطبتها في الشرقيةالشرق الأوسطمصدر لـCNN: هكذا يحاول نتنياهو التأثير على صيغة اتفاق أمريكا النهائي مع إيرانمنوعاتصديق للبيئة.. ملح البحر الخشن مساعدكِ في تنظيف المنزلرياضة محليةضبط صاحب معرض بتهمة ملاحقة سيدة وإتلاف سيارتها بالتجمع الأولسياسةكارتال يعود لتدريب فناربخشة في ولاية رابعةسياسةالوقت ليس كافياً؟ 7 حيل ذكية للحصول على البروتين يومياًسياسة7 أطعمة تحتوي على كالسيوم أكثر من شريحة الجبنرياضة محليةمن تاريخ الجهلمنوعاتعائشة كاي تكشف عن انضمامها لدورة في الرقص السامري على أنغام أغنية “البوشية”.. فما القصة؟رياضة محليةضبط كميات من مادة ثاني أكسيد التيتانيوم داخل محل عصائر ببني سويف (صور)منوعاتبعد تكرار الوقائع.. أسوان تضع حلولًا جذرية للتعامل مع الكلاب الضالةرياضة محليةإطلاق نار قرب مطار نيامي الدولي يثير مخاوف أمنية في عاصمة النيجرسياسةاتهامات بالتلاعب تبعد الإيفواري واهي عن مباراة ألمانيامنوعاتفوائد مذهلة للقرنفل المغلي.. دعم للمناعة وتحسين للهضم وتعزيز لصحة الفمالعالمبوتين يدعو للتحول إلى العملات الوطنية في التجارة بين روسيا ودول آسيانرياضة محليةضبط 12 شخصا بتهمة استغلال الأطفال في أعمال التسول بالقاهرةسياسةإيران.. سوق المال تشهد ارتفاعا قياسيا عقب توقيع الاتفاق مع واشنطنرياضة محليةأسماء أوائل الشهادة الإعدادية بالوادي الجديدعلوم وتكنولوجياقطعة من ديناصور عمرها ملايين السنين على ظهر الآيفون.. ما القصة؟رياضة محليةالرعاية الصحية: توقيع 6 مذكرات تفاهم لتعزيز الابتكار والتحول الرقمي وتطوير الخدمات الطبيةرياضة محليةطالبة تنهي حياتها حزنا على فسخ خطبتها في الشرقيةالشرق الأوسطمصدر لـCNN: هكذا يحاول نتنياهو التأثير على صيغة اتفاق أمريكا النهائي مع إيرانمنوعاتصديق للبيئة.. ملح البحر الخشن مساعدكِ في تنظيف المنزلرياضة محليةضبط صاحب معرض بتهمة ملاحقة سيدة وإتلاف سيارتها بالتجمع الأولسياسةكارتال يعود لتدريب فناربخشة في ولاية رابعة
أسعار
دولار أمريكي49.93EGPيورو57.68EGPجنيه إسترليني66.74EGPريال سعودي13.31EGPدرهم إماراتي13.60EGPدينار كويتي162.35EGPدينار أردني70.42EGPريال قطري13.72EGPليرة تركية1.08EGPيوان صيني7.37EGPذهب 246,823.58EGP/جمذهب 215,970.64EGP/جمذهب 185,117.69EGP/جمفضة107.22EGP/جم
دولار أمريكي49.93EGPيورو57.68EGPجنيه إسترليني66.74EGPريال سعودي13.31EGPدرهم إماراتي13.60EGPدينار كويتي162.35EGPدينار أردني70.42EGPريال قطري13.72EGPليرة تركية1.08EGPيوان صيني7.37EGPذهب 246,823.58EGP/جمذهب 215,970.64EGP/جمذهب 185,117.69EGP/جمفضة107.22EGP/جم
خبر عاجل

Rokok lebih murah daripada barangan asas, badan pemikir desak cukai naik tiap tahun

cigarette
Duti rokok naik kepada 2 sen sebatang di bawah Belanjawan 2026, yang telah dilaksanakan sejak 1 Nov lepas. (Gambar Envato Elements)

KUALA LUMPUR: Sebuah badan pemikir menggesa cukai tembakau dinaikkan sekurang-kurangnya 5% setiap tahun, selepas mendapati harga rokok di Malaysia kini lebih murah pada nilai sebenar berbanding barangan keperluan, walaupun kos sara hidup semakin meningkat.

Menurut Inisiatif Penyelidikan Sosial & Ekonomi (Seri), harga bagi jenama-jenama rokok popular didapati menurun berbanding kadar inflasi sejak beberapa tahun lalu, ketika rakyat Malaysia berdepan kenaikan harga makanan serta tekanan kos sara hidup yang lebih meluas.

Penyelidik kanan Seri Daniel Kittu berkata, cukai tembakau justeru perlu dinaikkan secara konsisten sebagai langkah dasar jangka panjang untuk mengelakkan rokok daripada menjadi semakin mampu dimiliki dari semasa ke semasa.

“Langkah ini diharap dapat mengurangkan penggunaannya secara beransur-ansur, sehingga ke tahap kita suatu hari nanti mampu membasmi (penggunaan) tembakau sepenuhnya, termasuk melalui dasar penamat generasi yang mungkin boleh dihidupkan semula pada masa akan datang.

“Hakikatnya, ini satu keputusan politik, namun seiring dengan penurunan kadar penggunaan dari semasa ke semasa, dasar sebegini akan menjadi lebih berdaya maju dan kita akhirnya boleh melenyapkan produk berbahaya ini demi kebaikan kesihatan awam,” katanya pada sidang media.

Cadangan ini dikemukakan selepas duti rokok dinaikkan kepada dua sen sebatang di bawah Belanjawan 2026, yang telah dilaksanakan sejak 1 Nov lepas.

Pakar ekonomi daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) Norashida Nor turut mencadangkan kenaikan cukai tembakau tahunan, yang diumumkan lebih awal bagi memastikan dasar konsisten tanpa mengira pertukaran kerajaan mahupun musim pilihan raya.

Menerusi tinjauannya, badan pemikir itu mendapati lebih 80% rakyat Malaysia menyokong kenaikan cukai tembakau. Ia juga menyatakan bahawa hasil tambahan tersebut boleh digunakan untuk membiayai perkhidmatan penjagaan kesihatan, program berhenti merokok, saringan perubatan dan inisiatif bantuan bersasar.

Seri mengunjurkan bahawa hasil cukai tembakau berpotensi meningkat daripada sekitar RM4.4 bilion pada masa ini kepada kira-kira RM5 bilion menjelang 2030, bergantung pada trend penggunaan dan hasil penguatkuasaan.

Presiden MyWatch Roslizawati Ali pula berkata, senario cukai tembakau yang ‘optimum’ lambat laun boleh melonjakkan harga rokok premium daripada sekitar RM18 kepada RM26 bagi setiap pek 20 batang.

Beberapa panelis lain, termasuk wakil Seri, UPM, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), menolak dakwaan bahawa cukai tembakau yang lebih tinggi merupakan pendorong utama kepada perdagangan rokok haram.

Sebaliknya, mereka menegaskan bahawa kegiatan penyeludupan sebahagian besarnya didorong oleh kelemahan penguatkuasaan serta rasuah, sambil berhujah bahawa langkah penguatkuasaan dan kenaikan cukai wajar dilaksanakan secara serentak, bukannya secara berturutan.

المصدر: Free Malaysia Today

0 مشاهدة

أضف تعليقاً

لن يتم نشر عنوان بريدك الإلكتروني. الحقول الإلزامية مشار إليها بـ *