مباشر الخميس، 18 يونيو 2026
عاجل
العالممحارب مصري أسقط 6 طائرات إسرائيلية يكشف عن موقف طريف له مع الساداترياضة محليةمدير “أزهرية الإسماعيلية” وموفد قطاع المعاهد يتفقدان لجنة بنين أبو راجح الثانويةالعالمبيلاؤوسوف يتفقد سير المهام القتالية لقوات مجموعة “الشمال” في منطقة العملية العسكريةرياضة محليةالبابا تواضروس يتلقى تقريرا عن الخدمة في عزبة النخلرياضة محليةتأجيل نظر استئناف المتهم بالاعتداء على فرد أمن داخل كمبوند بالتجمع إداريارياضة محليةحصاد الجولة الأولى بالمونديال، التعادل يحكم 9 مباريات و15 فوزاالعالمالكرملين: روسيا ورابطة “آسيان” تعتمدان خطة عمل شاملة لتنفيذ شراكتهما الاستراتيجيةرياضة محليةمقتل شاب على يد آخر قبل زفافه بأيام في نبروه بالدقهليةاقتصادمؤسس إعمار العقارية: التكيف مع المتغيرات أصبح ضرورة لمواجهة التحديات الجيوسياسيةسياسةالمرزوقي: لو كان مرسي حيا لما تُركت غزة وحدها- (فيديو)سياسةلأول مرة منذ 25 عاماً… منتخب إنجلترا «ممتع للمشاهدة»العالمتونس… تحذيرات بعد تدفق كبير للمياه من سد “ملاق” إثر عطل فنيسياسةريال مدريد يواصل تعزيز صفوفه بحسمه تعاقده مع الفرنسي كوناتيسياسةالمكسيك وكوريا الجنوبية في مواجهة محتدمةاقتصاد“فولكس فاغن” الألمانية تخطط لشطب 50 ألف وظيفةمنوعاتالإسكان تعلن تخصيص 1187 قطعة أرض بالعبور الجديدة عبر 4 قرعات علنيةرياضة محليةسعر الريال القطري أمام الجنيه في البنوك المصرية (تحديث لحظي)العالمالآلاف من الحريديم يتظاهرون في القدس ضد سجن حسيدي رفض التجنيدرياضة محليةهناء شبيب عميدًا لكلية علوم الرياضة بجامعة القناةرياضة محليةمعلومات الوزراء يختتم تقييم مبادرة الألف يوم الذهبية بالوادي الجديدالعالممحارب مصري أسقط 6 طائرات إسرائيلية يكشف عن موقف طريف له مع الساداترياضة محليةمدير “أزهرية الإسماعيلية” وموفد قطاع المعاهد يتفقدان لجنة بنين أبو راجح الثانويةالعالمبيلاؤوسوف يتفقد سير المهام القتالية لقوات مجموعة “الشمال” في منطقة العملية العسكريةرياضة محليةالبابا تواضروس يتلقى تقريرا عن الخدمة في عزبة النخلرياضة محليةتأجيل نظر استئناف المتهم بالاعتداء على فرد أمن داخل كمبوند بالتجمع إداريارياضة محليةحصاد الجولة الأولى بالمونديال، التعادل يحكم 9 مباريات و15 فوزاالعالمالكرملين: روسيا ورابطة “آسيان” تعتمدان خطة عمل شاملة لتنفيذ شراكتهما الاستراتيجيةرياضة محليةمقتل شاب على يد آخر قبل زفافه بأيام في نبروه بالدقهليةاقتصادمؤسس إعمار العقارية: التكيف مع المتغيرات أصبح ضرورة لمواجهة التحديات الجيوسياسيةسياسةالمرزوقي: لو كان مرسي حيا لما تُركت غزة وحدها- (فيديو)سياسةلأول مرة منذ 25 عاماً… منتخب إنجلترا «ممتع للمشاهدة»العالمتونس… تحذيرات بعد تدفق كبير للمياه من سد “ملاق” إثر عطل فنيسياسةريال مدريد يواصل تعزيز صفوفه بحسمه تعاقده مع الفرنسي كوناتيسياسةالمكسيك وكوريا الجنوبية في مواجهة محتدمةاقتصاد“فولكس فاغن” الألمانية تخطط لشطب 50 ألف وظيفةمنوعاتالإسكان تعلن تخصيص 1187 قطعة أرض بالعبور الجديدة عبر 4 قرعات علنيةرياضة محليةسعر الريال القطري أمام الجنيه في البنوك المصرية (تحديث لحظي)العالمالآلاف من الحريديم يتظاهرون في القدس ضد سجن حسيدي رفض التجنيدرياضة محليةهناء شبيب عميدًا لكلية علوم الرياضة بجامعة القناةرياضة محليةمعلومات الوزراء يختتم تقييم مبادرة الألف يوم الذهبية بالوادي الجديد
أسعار
دولار أمريكي49.93EGPيورو57.68EGPجنيه إسترليني66.74EGPريال سعودي13.31EGPدرهم إماراتي13.60EGPدينار كويتي162.35EGPدينار أردني70.42EGPريال قطري13.72EGPليرة تركية1.08EGPيوان صيني7.37EGPذهب 246,818.93EGP/جمذهب 215,966.56EGP/جمذهب 185,114.20EGP/جمفضة108.21EGP/جم
دولار أمريكي49.93EGPيورو57.68EGPجنيه إسترليني66.74EGPريال سعودي13.31EGPدرهم إماراتي13.60EGPدينار كويتي162.35EGPدينار أردني70.42EGPريال قطري13.72EGPليرة تركية1.08EGPيوان صيني7.37EGPذهب 246,818.93EGP/جمذهب 215,966.56EGP/جمذهب 185,114.20EGP/جمفضة108.21EGP/جم
خبر عاجل

Zafrul, KJ disebut-sebut wajah baharu politik Malaysia

Tengku Zafrul with Khairy Jamaluddin
Bekas menteri Tengku Zafrul Aziz dan Khairy Jamaluddin, yang dilihat tonjol imej sederhana, wakili wajah baharu politik Malaysia, kata penganalisis.

PETALING JAYA: Dalam sebuah negara di mana politiknya secara tradisi dipengaruhi oleh kepentingan komuniti dan agama, satu anjakan mungkin akan berlaku, dan anjakan itu akan diterajui oleh Tengku Zafrul Aziz dan Khairy Jamaluddin.

Selain hakikat bahawa kedua-dua tokoh ini menonjolkan imej sederhana, daya tarikan mereka terletak pada politik yang berteraskan hujah, fakta, penyampaian perkhidmatan dan persaingan sihat, berbanding retorik perkauman, menurut penganalisis politik Mazlan Ali.

Berbanding melihat Malaysia menerusi perhitungan komuniti yang sempit, Mazlan berkata, kedua-dua pemimpin ini mengunjurkan visi sebuah negara yang dibina atas semangat kebersamaan, toleransi dan kerjasama.

Bukan itu sahaja, seorang pemerhati politik yang enggan namanya disiarkan malah menegaskan bahawa kedua-dua tokoh tersebut telah mengotakan janji sepanjang menganggotai Jemaah Menteri.

Tengku Zafrul pernah berkhidmat sebagai menteri kewangan dan kemudiannya sebagai menteri pelaburan, perdagangan dan industri sebelum dilantik kini sebagai penasihat politik kanan kepada perdana menteri dan pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Khairy menyertai Jemaah Menteri pada 2013 sebagai menteri belia dan sukan sebelum mengambil alih portfolio sains, teknologi dan alam sekitar, dan seterusnya sebagai menteri kesihatan.

Mazlan berkata, kedua-dua mereka mewakili masa depan yang ‘lebih meyakinkan’, namun memberi amaran bahawa sebarang perubahan daripada naratif lama politik kaum dan agama kepada pendekatan kesederhanaan masih jauh perjalanannya.

Menurutnya, sejak sebelum merdeka lagi, parti-parti politik sebahagian besarnya ditubuhkan mengikut garis perkauman untuk mewakili komuniti masing-masing.

“Kita mungkin telah beberapa kali bertukar kerajaan sejak 2018, namun negara masih belum bebas sepenuhnya daripada skrip politik yang berkisar tentang kaum dan agama.

“Sebagai contoh, Barisan Nasional (BN), yang diterajui Umno, menjadi sangat hegemonik sehinggalah tewas pada 2018,” katanya.

Bagi Mazlan, pergolakan besar yang pertama berlaku pada 1998 susulan pemecatan Anwar Ibrahim daripada Umno dan kerajaan, yang mencetuskan gerakan reformasi.

Tempoh itu juga seiring dengan arus globalisasi, peningkatan tahap pendidikan serta pertumbuhan pesat media dalam talian, sekali gus mewujudkan persekitaran yang disifatkan oleh ramai cendekiawan sebagai kemunculan ‘politik baharu’.

Berbeza dengan model lama, budaya politik baharu ini kurang bergantung pada mobilisasi kaum dan agama, sebaliknya lebih dipengaruhi oleh lambakan maklumat, keterbukaan serta landskap politik yang lebih mendatar.

Bagaimanapun, naratif lama itu belum pernah benar-benar terhakis.

Walaupun tampuk pemerintahan telah silih berganti — daripada BN pimpinan Najib Razak kepada Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr Mahathir Mohamad, Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin, pentadbiran diterajui BN di bawah Ismail Sabri Yaakob, dan kini kerajaan perpaduan pimpinan Anwar — Mazlan percaya, Malaysia sebahagiannya masih terperangkap di antara kedua-dua era tersebut.

Bahkan dalam kerajaan perpaduan, yang menganjurkan tema seperti ketelusan, integriti dan tadbir urus yang cekap, masih ada sisa-sisa corak politik komunal lama dalam kalangan segelintir tokoh dalam Pemuda Umno dan DAP, katanya.

Kelangsungan keadaan itu, hujahnya, mencerminkan struktur sosial negara yang sangat majmuk.

Dalam banyak keadaan, ia juga menjelaskan mengapa pemimpin Malaysia terus bergelut untuk menangani kebimbangan orang Melayu tanpa meminggirkan masyarakat bukan Melayu, atau meyakinkan masyarakat bukan Melayu tanpa dituduh mengetepikan kepentingan orang Melayu.

Parti-parti berasaskan Melayu seperti PAS, Umno dan Bersatu masih sangat bergantung pada naratif Melayu-Islam untuk mengukuhkan sokongan, khususnya berhubung isu agama dan identiti, termasuk polemik berpanjangan mengenai penggunaan kalimah ‘Allah’ dan dakwaan bahawa kedudukan Islam terancam.

Sementara itu, parti-parti bukan Melayu termasuk DAP, MCA, MIC dan Gerakan pula terus bersandar pada sentimen komuniti masing-masing untuk kekal relevan dalam kalangan pengundi mereka.

Akibatnya, kata Mazlan, persekitaran politik kekal sarat dengan emosi walaupun pengundi kini lebih terdedah, berpendidikan dan saling terhubung secara digital.

“Walaupun Malaysia sedang bergerak ke arah politik yang lebih matang, kaum dan agama terus mewarnai politik demokratik di negara ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, Tengku Zafrul dan Khairy telah muncul sebagai sandaran terbaik Malaysia untuk membawa perubahan.

Meskipun begitu, tambahnya, perubahan itu mungkin tidak berlaku dalam sekelip mata.

Mazlan berkata, budaya politik yang lebih sederhana dan moden memerlukan pendidikan politik yang lebih mantap, perubahan keadaan sosial serta masa untuk jangkaan pengundi baharu membentuk semula sistem itu sepenuhnya.

Beliau juga percaya, prestasi ekonomi akhirnya boleh menjadi asas yang lebih kukuh untuk kesepaduan nasional, berbanding kompromi tradisi mengenai kaum dan agama.

Pelaburan, pekerjaan, gaji dan dasar perindustrian, hujahnya, menawarkan asas yang jauh lebih mampan untuk perpaduan.

Bagaimanapun, keberkesanannya masih sangat bergantung kepada geografi, demografi dan tingkah laku pengundi.

Naratif ekonomi cenderung mendapat sambutan paling kuat di kawasan bandar dan pinggir bandar, terutamanya dalam kalangan pengundi muda, berpendidikan dan bermobiliti yang terkesan secara langsung oleh keadaan ekonomi, serta lebih aktif mengambil bahagian dalam perbahasan dasar.

Perkara itu, menurut Mazlan, membantu menjelaskan mengapa PH, yang lebih bersandar kepada kerangka ‘politik baharu’, mempamerkan prestasi yang lebih kukuh di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Sebaliknya, prestasi ekonomi semata-mata sering kali tidak cukup untuk mempengaruhi ‘pengundi subjek’ (subject voters) yang lebih tradisional di kerusi luar bandar, kampung dan tanah rancangan Felda.

Komuniti-komuniti ini, katanya, kekal lebih terikat dengan kaum, agama dan identiti politik yang telah lama bertapak.

Mazlan turut memerhatikan bahawa corak pemikiran politik Tengku Zafrul dan Khairy yang berpandangan jauh lebih menyamai pemimpin di negara-negara maju seperti Sweden dan Australia.

“Zafrul telah berjaya membuktikan keupayaannya dengan membawa kemajuan kepada negara tanpa terikat dengan agenda skrip politik lama,” katanya.

Menurut Mazlan, walaupun Khairy masih beroperasi dalam kerangka nasionalisme Melayu berhaluan kanan yang lebih meluas, beliau kini perlahan-lahan beralih ke arah pendekatan seiras Zafrul.

“Dalam pemikiran politik tokoh-tokoh ini, masih wujud sinar harapan untuk melakar sebuah masa depan yang lebih terbuka dalam mencorak skrip politik baharu,” tambahnya.

المصدر: Free Malaysia Today

0 مشاهدة

أضف تعليقاً

لن يتم نشر عنوان بريدك الإلكتروني. الحقول الإلزامية مشار إليها بـ *