مباشر الأحد، 1 نوفمبر 2026
عاجل
حوادثلامس سلكا كهربائيا أمام كشك بالمرج، تقرير الطب الشرعي يكشف سبب وفاة “طفل المرج”صحةالصحة: مبادرة دعم صحة المرأة تحقق نحو 12 مليار جنيه منافع اقتصاديةالشرق الأوسطالسودان: دول أوروبية توظف الأزمات الإنسانية في دول أخرى لتحقيق أهداف سياسيةالعالمنوفوستي: روسيا تستهدف 14 محطة فرعية للكهرباء في أوكرانيا خلال أكتوبرمحليات20 عاما على بناء السلام.. الرئيس السيسي يعلن إطلاق احتفالية إعادة الإعمار الأفريقيةاقتصادالأمل الشريف للبلاستيك تستهدف التوسع في السعودية والمغرب وكينيااقتصادتقرير اقتصادي كويتي: الذهب يتكبد خسائر حادة تحت وطأة ارتفاع أسعار النفط واستمرار السياسة النقدية الأمريكية المتشددةرياضة محليةالزمالك ليس للبيع.. ماهر غريب يكشف تفاصيل شركة الكرة وموقف ملعب الناديمحلياتالسيسي يعلن إطلاق شهر إعادة الإعمار بأفريقيا.. يدعو لتحويل السياسات إلى مشروعات ملموسة.. ويؤكد: القطاع الخاص شريك في التنمية.. ومصر تواصل جهودها لتحويل التحديات الأمنية بالقارة إلى فرص للسلاممحلياتمواعيد تسكين المعلمين بمسابقة 30 ألف معلم في القاهرة.. جدول التخصصات والإجراءات المطلوبةمحلياتدبي تجمع عشاق الأنمي والألعاب الإلكترونية والـ”كي بوب” في مهرجان “فاندم 2”رياضة محليةموعد مباراة الأهلي والمقاولون والقناة الناقلةاقتصادسعر الدينار البحريني مقابل الجنيه في بنك مصر صباح اليوم الأحدالشرق الأوسطالأمين العام لمجلس الأمن القومي الإيراني يحدد شرط استئناف المسار الدبلوماسي مع واشنطنالشرق الأوسطانفجارات وحريق ضخم في السودان.. مسيرة تستهدف محطة كهرباء بأبو حمد و12 محطة خارج الخدمةالشرق الأوسطرغم نتائج الانتخابات الإسرائيلية، قوات الاحتلال تواصل التصعيد في غزة والضفة الغربية وأراضي 48محلياتالرئيس السيسي يعلن إطلاق النسخة السادسة من الاحتفالية الخاصة بإعادة الإعمار والتنمية ما بعد النزاعاتصحةالتوقيت الشتوي ومواعيد تناول الأدوية.. هل يجب تعديل الجرعات بعد تأخير الساعة؟صحةدراسة: المبادرة الرئاسية لدعم صحة المرأة ترفع نسب الاكتشاف المبكر لسرطان الثدي إلى 61.3%محلياتكيا EV6 الكهربائية تباع بهذه المواصفاتحوادثلامس سلكا كهربائيا أمام كشك بالمرج، تقرير الطب الشرعي يكشف سبب وفاة “طفل المرج”صحةالصحة: مبادرة دعم صحة المرأة تحقق نحو 12 مليار جنيه منافع اقتصاديةالشرق الأوسطالسودان: دول أوروبية توظف الأزمات الإنسانية في دول أخرى لتحقيق أهداف سياسيةالعالمنوفوستي: روسيا تستهدف 14 محطة فرعية للكهرباء في أوكرانيا خلال أكتوبرمحليات20 عاما على بناء السلام.. الرئيس السيسي يعلن إطلاق احتفالية إعادة الإعمار الأفريقيةاقتصادالأمل الشريف للبلاستيك تستهدف التوسع في السعودية والمغرب وكينيااقتصادتقرير اقتصادي كويتي: الذهب يتكبد خسائر حادة تحت وطأة ارتفاع أسعار النفط واستمرار السياسة النقدية الأمريكية المتشددةرياضة محليةالزمالك ليس للبيع.. ماهر غريب يكشف تفاصيل شركة الكرة وموقف ملعب الناديمحلياتالسيسي يعلن إطلاق شهر إعادة الإعمار بأفريقيا.. يدعو لتحويل السياسات إلى مشروعات ملموسة.. ويؤكد: القطاع الخاص شريك في التنمية.. ومصر تواصل جهودها لتحويل التحديات الأمنية بالقارة إلى فرص للسلاممحلياتمواعيد تسكين المعلمين بمسابقة 30 ألف معلم في القاهرة.. جدول التخصصات والإجراءات المطلوبةمحلياتدبي تجمع عشاق الأنمي والألعاب الإلكترونية والـ”كي بوب” في مهرجان “فاندم 2”رياضة محليةموعد مباراة الأهلي والمقاولون والقناة الناقلةاقتصادسعر الدينار البحريني مقابل الجنيه في بنك مصر صباح اليوم الأحدالشرق الأوسطالأمين العام لمجلس الأمن القومي الإيراني يحدد شرط استئناف المسار الدبلوماسي مع واشنطنالشرق الأوسطانفجارات وحريق ضخم في السودان.. مسيرة تستهدف محطة كهرباء بأبو حمد و12 محطة خارج الخدمةالشرق الأوسطرغم نتائج الانتخابات الإسرائيلية، قوات الاحتلال تواصل التصعيد في غزة والضفة الغربية وأراضي 48محلياتالرئيس السيسي يعلن إطلاق النسخة السادسة من الاحتفالية الخاصة بإعادة الإعمار والتنمية ما بعد النزاعاتصحةالتوقيت الشتوي ومواعيد تناول الأدوية.. هل يجب تعديل الجرعات بعد تأخير الساعة؟صحةدراسة: المبادرة الرئاسية لدعم صحة المرأة ترفع نسب الاكتشاف المبكر لسرطان الثدي إلى 61.3%محلياتكيا EV6 الكهربائية تباع بهذه المواصفات
أسعار
دولار أمريكي56.03EGPيورو62.57EGPجنيه إسترليني75.01EGPريال سعودي14.94EGPدرهم إماراتي15.26EGPدينار كويتي180.31EGPدينار أردني79.03EGPريال قطري15.39EGPليرة تركية1.12EGPيوان صيني8.40EGPذهب 246,983.06EGP/جمذهب 216,110.18EGP/جمذهب 185,237.30EGP/جمفضة88.73EGP/جم
دولار أمريكي56.03EGPيورو62.57EGPجنيه إسترليني75.01EGPريال سعودي14.94EGPدرهم إماراتي15.26EGPدينار كويتي180.31EGPدينار أردني79.03EGPريال قطري15.39EGPليرة تركية1.12EGPيوان صيني8.40EGPذهب 246,983.06EGP/جمذهب 216,110.18EGP/جمذهب 185,237.30EGP/جمفضة88.73EGP/جم
خبر عاجل
اقرأ الخبر
Super BM

Hadi buka laluan untuk Hamzah, Bersatu kekal PN atau ke IPR?

رجوع

Lebih sebulan lalu atau tarikh tepatnya pada 15 April, ketika semangat Syawal masih dirasakan, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkunjung ke kediaman Presiden PAS Hadi Awang di Marang, Terengganu.

Dua bulan sebelum itu, Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin minum petang bersama Hadi di lokasi sama. Tarikhnya pada 13 Feb, hari sama dengan pemecatan beliau sebagai timbalan presiden dan ahli Bersatu.

Dua pertemuan itu kini boleh dibaca semula dengan makna politik lebih besar. Pada awalnya, kunjungan Muhyiddin dilihat sebagai usaha mempamerkan kesepakatan PAS-Bersatu, malah ada pemimpin Bersatu Terengganu menyifatkannya sebagai langkah PN menyusun gerak ke Putrajaya menjelang PRU16.

Namun kenyataan Hadi pada Jumaat bahawa ‘sabar ada batas’ dan PAS sedia menilai semula kerjasama dengan Bersatu mengubah nada itu sama sekali. Ia menjadi amaran terbuka daripada parti paling kuat dalam PN kepada rakan sedang bergelut dengan dirinya sendiri.

Salah satu puncanya disebabkan Bersatu dikatakan menolak cadangan menerima parti baharu dalam PN dalam mesyuarat Majlis Tertingginya pada 16 Mei lalu.

Parti memohon adalah Parti Berjasa Malaysia (Berjasa), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

Bersatu dikatakan bimbang salah sebuah parti terbabit akan menjadi platform untuk Hamzah kembali ke PN, gabungan pernah menjadi tapak politiknya atas status timbalan pengerusi dan setiausaha agung sebelum dipecat.

Walaupun tidak menyebut nama Hamzah pada sidang media Jumaat lalu, semua orang tahu isyarat Hadi. Ahli Parlimen Marang itu tidak sekadar meminta pintu dibuka tetapi mengingatkan Bersatu PN bukan hak milik tunggal mana-mana parti.

Kenyataan Hadi memberi gambaran PAS tidak mahu dijadikan tebusan oleh ketakutan Bersatu. Dalam bahasa mudah, PAS mungkin bertanya: mengapa PN perlu kehilangan Hamzah hanya kerana Muhyiddin tidak mahu berkongsi ruang?

Hujah ini lebih berat kerana PAS kini parti dominan dalam PN. Pada PRU15, PAS menang 43 kerusi Parlimen, lebih banyak daripada Bersatu. Selepas episod peralihan sokongan, pemecatan dan penggantungan keahlian, dianggarkan hanya enam wakil rakyatnya masih bersama Muhyiddin.

Hadi mungkin cenderung membuka ruang kepada Hamzah kerana beliau dilihat membawa rangkaian, pengalaman kerajaan, hubungan akar umbi dan sebahagian kelompok dalam Bersatu yang tidak lagi selesa dengan kepimpinan Muhyiddin.

Dalam politik Melayu, terutama politik gabungan seperti PN, angka dan jentera lebih penting daripada nostalgia. PAS tahu Bersatu masih ada nama tetapi nama sahaja tidak cukup jika parti itu pecah dari dalam.

Apa nasib Bersatu?

Adakah ini pengakhiran kepada Bersatu? Belum tentu. Jika ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan dalam kerjaya politik Muhyiddin, ia adalah keupayaannya bertahan ketika orang lain menyangka beliau sudah sampai ke penghujung jalan.

Muhyiddin pernah berdepan saat getir dalam Umno, dipecat, kemudian bangkit menubuhkan Bersatu. Beliau juga pernah menjatuhkan tiga perdana menteri iaitu Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak dan Dr Mahathir Mohamad.

Pemecatan Hamzah juga menunjukkan Muhyiddin masih ampuh membaca strategi kumpulan yang cuba menjatuhkannya dan cubaan menumbangkannya dalam Bersatu ketika itu menemui kegagalan.

Namun, kekuatan Muhyiddin sebagai pemain politik tidak semestinya sama dengan kekuatan Bersatu sebagai parti. Di sinilah Bersatu berada dalam keadaan serba salah.

Jika terlalu keras terhadap Hamzah, ia mungkin kehilangan sebahagian tokoh dan penyokong yang selama ini menjadi nadi parti. Jika terlalu berlembut, Muhyiddin pula dilihat tunduk kepada musuh politik yang baru diisytiharkan dari dalam rumah sendiri.

Jika hubungan PAS-Bersatu akhirnya retak, Muhyiddin masih mempunyai satu lagi pelantar iaitu Ikatan Prihatin Rakyat atau IPR. Gabungan longgar dipimpin Muhyiddin juga dilihat serius menerusi penganjuran konvensyen pertamanya pada 27 Jun.

Malah, Muhyiddin pada Mac lalu dipetik berkata IPR perlu berkembang menjadi ‘hubungan yang lebih bermakna’ dalam kalangan parti sehaluan untuk kekal relevan menjelang PRU. Itu memberi gambaran beliau sudah menyediakan payung kedua sekiranya PN tidak lagi menjadi ruang paling selesa untuk Bersatu.

Tetapi jalan IPR juga tidak mudah. Tanpa PAS, IPR mungkin ada banyak parti tetapi kurang jentera Melayu-Islam yang benar-benar besar. Kehadiran banyak logo belum tentu membawa banyak undi, apatah lagi jika pengundi pembangkang masih melihat PAS sebagai tulang belakang sebenar blok anti-kerajaan.

Sebab itu pilihan Bersatu sekarang bukan sekadar menerima atau menolak Hamzah. Pilihan sebenar ialah sama ada Bersatu mahu terus menjadi rakan utama PAS dalam PN, atau perlahan-lahan berubah menjadi satu daripada banyak parti dalam pakatan longgar pimpinan Muhyiddin.

Dalam keadaan itu, minum petang Hamzah bersama Hadi di Marang pada 13 Feb lalu mungkin bukan sekadar kunjungan persahabatan pada hari beliau dipecat Bersatu. Ia boleh dibaca sebagai detik awal satu penjajaran baharu dalam politik pembangkang.

Ketika Muhyiddin datang ke Marang dua bulan kemudian untuk menunjukkan hubungan PAS-Bersatu masih utuh, Hamzah sebenarnya sudah lebih dahulu hadir di meja Hadi sebagai watak yang tidak boleh diketepikan.

Jika benar Hadi kini membuka laluan kepada Hamzah, maka secawan teh atau kopi di Marang itu mungkin lebih bermakna daripada mana-mana mesyuarat rasmi PN.

 

Penulis ialah pengarang Meja Berita Bahasa Melayu FMT.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

المصدر: Free Malaysia Today

4 مشاهدة

أضف تعليقاً

لن يتم نشر عنوان بريدك الإلكتروني. الحقول الإلزامية مشار إليها بـ *