مباشر الجمعة، 4 سبتمبر 2026
عاجل
رياضة محليةتعرف على سعر السكر اليوم الجمعة 4 سبتمبر 2026رياضة محليةتكليف الدكتور أحمد عمارة بالإشراف على مركز معلومات هيئة المجتمعات وأجهزة المدن الجديدةمنوعاتمحافظة الإسكندرية تنفي وقوع حادث على طريق مصر – الإسكندرية الصحراويالشرق الأوسطمصطفى بكري: انتقاد القيادات ومراجعة سياسات الحكومة «ليس جريمة»رياضة محليةيتصدرها البنك الأهلي، 11 بنكا يتصدر المتعاملين الرئيسيين بالبورصة بنهاية الأسبوعاقتصادسوق القهوة العالمية أمام فائض محتمل يصل إلى 10 ملايين كيسالشرق الأوسطاليونان والولايات المتحدة تبحثان تعزيز التعاون في مجال الطاقةاقتصادمتى يحق للمالك طلب طرد المستأجر؟.. 3 حالات حددها قانون الإيجار القديممنوعاتحالة الطقس غدًا السبت 5 سبتمبر 2026.. أجواء حارة و5 ظواهر جوية متوقعةاقتصادإندونيسيا تدرس إمكانية إنشاء مصنع للأسمدة في فلاديفوستوكاقتصادالبنك المركزي: بيع أذون خزانة بـ110.121 مليار جنيهرياضة محليةمش فارقة معايا الحكومة، عامل يشهر حجرًا في وجه مهندس ويتحدى الأمن بالهرمرياضة عالميةشكيو بانزا يسجل الهدف الثاني للزمالك في أيه إس بورت الجيبوتي بدوري أبطال إفريقيارياضة محليةبمشاركة رامي ربيعة، العين يتقدم بثنائية أمام كلباء في الشوط الأولرياضة عالميةمواجهة ساخنة بين إنتر ونابولي… ويوفنتوس يصطدم بميلانالعالمالهند.. مشاهد تحبس الأنفاس لشاحنة كبيرة تعطلت في منتصف أحد الجسوررياضة محليةفرج عامر ينتقد عموتة: تشكيلات خاطئة وتوظيف غير موفق للاعبي الأهليالشرق الأوسطلماذا رفعت إسرائيل حالة التأهب وزادت قواتها في الضفة الغربية وما علاقته بالانتخابات؟الشرق الأوسطجدل العلاقات بين إيران والصين: لماذا لم يلتقِ الرئيسان؟اقتصاد“سيتي غروب” ترجئ توقعات خفض الفائدة الأميركية إلى 2027 بعد تقرير الوظائفرياضة محليةتعرف على سعر السكر اليوم الجمعة 4 سبتمبر 2026رياضة محليةتكليف الدكتور أحمد عمارة بالإشراف على مركز معلومات هيئة المجتمعات وأجهزة المدن الجديدةمنوعاتمحافظة الإسكندرية تنفي وقوع حادث على طريق مصر – الإسكندرية الصحراويالشرق الأوسطمصطفى بكري: انتقاد القيادات ومراجعة سياسات الحكومة «ليس جريمة»رياضة محليةيتصدرها البنك الأهلي، 11 بنكا يتصدر المتعاملين الرئيسيين بالبورصة بنهاية الأسبوعاقتصادسوق القهوة العالمية أمام فائض محتمل يصل إلى 10 ملايين كيسالشرق الأوسطاليونان والولايات المتحدة تبحثان تعزيز التعاون في مجال الطاقةاقتصادمتى يحق للمالك طلب طرد المستأجر؟.. 3 حالات حددها قانون الإيجار القديممنوعاتحالة الطقس غدًا السبت 5 سبتمبر 2026.. أجواء حارة و5 ظواهر جوية متوقعةاقتصادإندونيسيا تدرس إمكانية إنشاء مصنع للأسمدة في فلاديفوستوكاقتصادالبنك المركزي: بيع أذون خزانة بـ110.121 مليار جنيهرياضة محليةمش فارقة معايا الحكومة، عامل يشهر حجرًا في وجه مهندس ويتحدى الأمن بالهرمرياضة عالميةشكيو بانزا يسجل الهدف الثاني للزمالك في أيه إس بورت الجيبوتي بدوري أبطال إفريقيارياضة محليةبمشاركة رامي ربيعة، العين يتقدم بثنائية أمام كلباء في الشوط الأولرياضة عالميةمواجهة ساخنة بين إنتر ونابولي… ويوفنتوس يصطدم بميلانالعالمالهند.. مشاهد تحبس الأنفاس لشاحنة كبيرة تعطلت في منتصف أحد الجسوررياضة محليةفرج عامر ينتقد عموتة: تشكيلات خاطئة وتوظيف غير موفق للاعبي الأهليالشرق الأوسطلماذا رفعت إسرائيل حالة التأهب وزادت قواتها في الضفة الغربية وما علاقته بالانتخابات؟الشرق الأوسطجدل العلاقات بين إيران والصين: لماذا لم يلتقِ الرئيسان؟اقتصاد“سيتي غروب” ترجئ توقعات خفض الفائدة الأميركية إلى 2027 بعد تقرير الوظائف
أسعار
دولار أمريكي50.94EGPيورو59.19EGPجنيه إسترليني68.85EGPريال سعودي13.58EGPدرهم إماراتي13.87EGPدينار كويتي165.13EGPدينار أردني71.85EGPريال قطري13.99EGPليرة تركية1.05EGPيوان صيني7.56EGPذهب 247,239.61EGP/جمذهب 216,334.66EGP/جمذهب 185,429.71EGP/جمفضة108.06EGP/جم
دولار أمريكي50.94EGPيورو59.19EGPجنيه إسترليني68.85EGPريال سعودي13.58EGPدرهم إماراتي13.87EGPدينار كويتي165.13EGPدينار أردني71.85EGPريال قطري13.99EGPليرة تركية1.05EGPيوان صيني7.56EGPذهب 247,239.61EGP/جمذهب 216,334.66EGP/جمذهب 185,429.71EGP/جمفضة108.06EGP/جم
خبر عاجل

Jabatan Penjara akan beri kerjasama teliti laporan Suhakam berkait serangan ke atas tahanan

Jabatan Penjara menegaskan ia sentiasa komited dalam memastikan aspek keselamatan, kebajikan, pemulihan serta pematuhan terhadap hak asasi manusia dilaksanakan selaras peruntukan undang-undang. (Gambar Facebook Jabatan Penjara Malaysia)

PETALING JAYA: Jabatan Penjara berkata, ia akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkaitan untuk meneliti laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung serangan ke atas lebih 100 tahanan di Penjara Taiping pada Januari 2025 yang menyebabkan seorang tahanan maut.

Isnin lalu, Suhakam menyeru pertuduhan jenayah dikenakan terhadap pegawai lain di Penjara Taiping yang terbabit dalam serangan tahun lalu itu, walaupun seorang warden telah dituduh atas kesalahan membunuh tanpa niat.

Pengerusi Suhakam, Hishamudin Yunus dilaporkan berkata, ia mendapati beberapa laporan polis dibuat pegawai penjara terhadap tahanan mengandungi dakwaan palsu dan tidak tepat yang menggambarkan banduan sebagai pihak agresif.

Justeru, katanya, Jabatan Penjara perlu segera memulakan prosiding tatatertib terhadap pegawai terbabit dan tindakan undang-undang adalah wajar memandangkan insiden itu disokong rakaman CCTV, yang menjadi bukti jelas serta keterangan saksi melihat sendiri kejadian berkenaan.

Jabatan Penjara berkata, ia memandang serius dapatan, syor dan perkara dibangkitkan dalam laporan Suhakam itu, termasuk dakwaan mengaitkan aspek pengurusan dan kakitangan penjara dalam kejadian berkenaan.

“Jabatan Penjara akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkaitan bagi meneliti laporan tersebut secara menyeluruh, terperinci dan berintegriti demi memastikan setiap perkara yang dibangkitkan dapat diberikan perhatian sewajarnya,” katanya dalam kenyataan.

Tegasnya, ia sentiasa komited dalam memastikan aspek keselamatan, kebajikan, pemulihan serta pematuhan terhadap hak asasi manusia dilaksanakan selaras peruntukan undang-undang, peraturan serta standard pengurusan penjara.

Ia turut menyeru semua pihak tidak membuat spekulasi atau kesimpulan pramatang yang boleh menjejaskan proses penelitian dan tindakan lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan.

Lebih 100 banduan di Penjara Taiping diserang kira-kira 60 warden semasa proses pemindahan dari Dewan B ke Blok E pada Januari 2025. Seorang tahanan, Gan Chin Eng, maut dalam insiden itu.

Semasa inkuiri awam diadakan, peguam persekutuan bagi Jabatan Penjara mengakui pegawai penjara bersalah kerana melanggar hak asasi tahanan dalam kejadian itu.

Kelmarin, Hishamudin turut membangkitkan kebimbangan berhubung dakwaan manipulasi rekod perubatan serta pemadaman bukti gambar dan video yang dirakam ketika insiden itu.

Katanya, kakitangan perubatan penjara didakwa mengaitkan kecederaan banduan akibat terjatuh dan tidak menyatakan sebarang rujukan berhubung keganasan dilakukan warden penjara.

المصدر: Free Malaysia Today

0 مشاهدة

أضف تعليقاً

لن يتم نشر عنوان بريدك الإلكتروني. الحقول الإلزامية مشار إليها بـ *