Bekalan minyak negara cukup hingga hujung Julai, kata Akmal

PETALING JAYA: Petronas memberi jaminan kepada kerajaan bahawa stok bekalan minyak negara adalah mencukupi sehingga hujung Julai walaupun gangguan rantaian bekalan global dan ketegangan geopolitik masih berterusan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasir.
Akmal berkata kerajaan terus memantau ketidaktentuan melibatkan Selat Hormuz serta kenaikan harga tenaga global.
“Petronas memberi jaminan bahawa stok bekalan minyak negara mencukupi sehingga Julai 2026,” katanya dalam taklimat krisis bekalan global.
Pada April lalu, syarikat minyak nasional itu mengesahkan bekalan bahan api di stesen-stesennya di seluruh negara akan kekal stabil sehingga penghujung Jun, sekali gus melanjutkan unjuran terdahulu selama sebulan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
المصدر: Free Malaysia Today