Live Tuesday, 18 August 2026
BREAKING
Egyptian FM holds calls with Iranian counterpart , U.S. Envoy on regional developmentsZverev into French Open last-fourIsraeli fire kills four people in Gaza, medics sayEgypt, Singapore discuss expanding cooperation in tourism, antiquitiesAncelotti eases Neymar W. Cup fearsArab, Islamic states condemn Israeli actions at Al-AqsaSyria Hopes for Terrorism Delisting to Spur Economic RecoveryBenfica linked with Fulham’s SilvaVan der Breggen takes Giro leadKremlin: Saudi Arabia Named Guest of Honor at St. Petersburg Economic ForumTrump administration proposes 25% tariff to punish Brazil over trade practicesرياضة محلية‘Really cool to share this journey with her’: Michelle Wie West playing for her family at U.S. Women’s OpenArchaeological Replicas Showcase Saudi Arabia’s Rich History at Kuala Lumpur Int’l Book FairRenewable Energy Helps Red Sea Global Avoid 118,000 Tons of Carbon EmissionsLetter: Carol Rumens obituaryEngland v India: third and deciding women’s T20 cricket international – liveHealthVolunteers serve comfort food in a worrying Ebola outbreak – Sault Michigan NewsEconomyTrump signs AI executive order asking companies to give government early access to modelsVarietySouth West Water fined nearly £2million after supplying homes with parasite-ridden water that left four people in hospital – and telling people it was safe to drinkScience & TechYour car is following you – how to reclaim your data privacy on the open roadEgyptian FM holds calls with Iranian counterpart , U.S. Envoy on regional developmentsZverev into French Open last-fourIsraeli fire kills four people in Gaza, medics sayEgypt, Singapore discuss expanding cooperation in tourism, antiquitiesAncelotti eases Neymar W. Cup fearsArab, Islamic states condemn Israeli actions at Al-AqsaSyria Hopes for Terrorism Delisting to Spur Economic RecoveryBenfica linked with Fulham’s SilvaVan der Breggen takes Giro leadKremlin: Saudi Arabia Named Guest of Honor at St. Petersburg Economic ForumTrump administration proposes 25% tariff to punish Brazil over trade practicesرياضة محلية‘Really cool to share this journey with her’: Michelle Wie West playing for her family at U.S. Women’s OpenArchaeological Replicas Showcase Saudi Arabia’s Rich History at Kuala Lumpur Int’l Book FairRenewable Energy Helps Red Sea Global Avoid 118,000 Tons of Carbon EmissionsLetter: Carol Rumens obituaryEngland v India: third and deciding women’s T20 cricket international – liveHealthVolunteers serve comfort food in a worrying Ebola outbreak – Sault Michigan NewsEconomyTrump signs AI executive order asking companies to give government early access to modelsVarietySouth West Water fined nearly £2million after supplying homes with parasite-ridden water that left four people in hospital – and telling people it was safe to drinkScience & TechYour car is following you – how to reclaim your data privacy on the open road
Prices
US dollar50.21EGPEuro58.18EGPBritish pound68.05EGPSaudi riyal13.39EGPUAE dirham13.67EGPKuwaiti dinar162.79EGPJordanian dinar70.82EGPQatari riyal13.80EGPTurkish lira1.05EGPChinese yuan7.44EGPGold 247,086.33EGP/gGold 216,200.54EGP/gGold 185,314.74EGP/gSilver105.02EGP/g
US dollar50.21EGPEuro58.18EGPBritish pound68.05EGPSaudi riyal13.39EGPUAE dirham13.67EGPKuwaiti dinar162.79EGPJordanian dinar70.82EGPQatari riyal13.80EGPTurkish lira1.05EGPChinese yuan7.44EGPGold 247,086.33EGP/gGold 216,200.54EGP/gGold 185,314.74EGP/gSilver105.02EGP/g
NEWS BREAKING
Tempatan

Bukan PAS, tetapi Bersatu amal politik ‘mullah’, jejas kekuatan pembangkang

Mohamed Sukri Omar
Ketua Pemuda PAS Selangor Sukri Omar tegaskan bahawa PAS buat keputusan besar melalui proses mesyuarat dan perbincangan dalaman, bukan bergantung kepada keputusan hanya seorang individu.

PETALING JAYA: Pemuda PAS Selangor membidas label parti ‘mullah’ yang dikatakan dilemparkan terhadap mereka oleh penyokong Bersatu, sebaliknya mendakwa rakan gabungannya dalam Perikatan Nasional (PN) itu yang sebenarnya mengamalkan politik kuku besi.

Ketua Pemuda PAS Selangor Sukri Omar menegaskan, realiti semasa menunjukkan Bersatu yang sebenarnya mengamalkan politik sedemikian sehingga menjejaskan kekuatan blok pembangkang.

“Lihat Bersatu. Kalau seorang individu boleh menyebabkan parti sendiri hilang kekuatan Parlimen, memecat sana sini, menggugurkan ketua bahagian dan menghukum pimpinan hanya kerana tidak sealiran dengan kehendak presiden, itu bukan disiplin parti. Itu politik kuku besi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sukri berkata, PAS sebaliknya membuat keputusan besar melalui proses mesyuarat dan perbincangan dalaman, seperti menerusi Jawatankuasa PAS Pusat serta Majlis Syura Ulama.

“PAS tidak ada politik dendam membabi buta. Tetapi anehnya, PAS pula yang dituduh ‘mullah’,” katanya.

Beliau menambah, Bersatu turut mengamalkan sikap sedemikian dalam PN, seolah-olah ‘mahu semua keputusan mesti mengikut telunjuk mereka’.

“Bila kehendak mereka tidak dipenuhi, tekanan diberi. Bila pandangan PAS tidak sehaluan, label dilempar. Bila PAS bersuara melalui saluran rasmi parti, PAS dituduh tidak setia,” katanya.

Jumaat lalu, Presiden PAS Hadi Awang memberi amaran kepada Bersatu bahawa kesabaran parti itu ‘ada batas’ susulan beberapa tindakan parti itu yang didakwa melanggar semangat setiakawan dalam PN.

Susulan itu, sumber dalaman Bersatu mengingatkan PAS bahawa PN ialah sebuah organisasi yang ditadbir mengikut semangat kerjasama dan persefahaman antara anggotanya, bukan ditentukan oleh seseorang secara mutlak.

“Bercakap tentang hal dalaman kepada orang luar bukanlah caranya. Presiden PAS juga tiada kuasa veto untuk membatalkan keputusan Majlis Tertinggi. PN tidak guna sistem mullah,” kata sumber yang enggan didedahkan identitinya, lapor Malaysiakini.

المصدر: Free Malaysia Today

0 Views

أضف تعليقاً

Your email address will not be published. Required fields are marked *