Live Wednesday, 17 June 2026
BREAKING
Egyptian FM holds calls with Iranian counterpart , U.S. Envoy on regional developmentsZverev into French Open last-fourIsraeli fire kills four people in Gaza, medics sayAncelotti eases Neymar W. Cup fearsArab, Islamic states condemn Israeli actions at Al-AqsaSyria Hopes for Terrorism Delisting to Spur Economic RecoveryBenfica linked with Fulham’s SilvaVan der Breggen takes Giro leadKremlin: Saudi Arabia Named Guest of Honor at St. Petersburg Economic Forumرياضة محلية‘Really cool to share this journey with her’: Michelle Wie West playing for her family at U.S. Women’s OpenArchaeological Replicas Showcase Saudi Arabia’s Rich History at Kuala Lumpur Int’l Book FairRenewable Energy Helps Red Sea Global Avoid 118,000 Tons of Carbon EmissionsLetter: Carol Rumens obituaryEngland v India: third and deciding women’s T20 cricket international – liveHealthVolunteers serve comfort food in a worrying Ebola outbreak – Sault Michigan NewsEconomyTrump signs AI executive order asking companies to give government early access to modelsVarietySouth West Water fined nearly £2million after supplying homes with parasite-ridden water that left four people in hospital – and telling people it was safe to drinkScience & TechYour car is following you – how to reclaim your data privacy on the open roadWorldHigh school valedictorian yanked from stage after hijacking speech to rant against Israel and ICESaudi FM Receives Written Message from Russian CounterpartEgyptian FM holds calls with Iranian counterpart , U.S. Envoy on regional developmentsZverev into French Open last-fourIsraeli fire kills four people in Gaza, medics sayAncelotti eases Neymar W. Cup fearsArab, Islamic states condemn Israeli actions at Al-AqsaSyria Hopes for Terrorism Delisting to Spur Economic RecoveryBenfica linked with Fulham’s SilvaVan der Breggen takes Giro leadKremlin: Saudi Arabia Named Guest of Honor at St. Petersburg Economic Forumرياضة محلية‘Really cool to share this journey with her’: Michelle Wie West playing for her family at U.S. Women’s OpenArchaeological Replicas Showcase Saudi Arabia’s Rich History at Kuala Lumpur Int’l Book FairRenewable Energy Helps Red Sea Global Avoid 118,000 Tons of Carbon EmissionsLetter: Carol Rumens obituaryEngland v India: third and deciding women’s T20 cricket international – liveHealthVolunteers serve comfort food in a worrying Ebola outbreak – Sault Michigan NewsEconomyTrump signs AI executive order asking companies to give government early access to modelsVarietySouth West Water fined nearly £2million after supplying homes with parasite-ridden water that left four people in hospital – and telling people it was safe to drinkScience & TechYour car is following you – how to reclaim your data privacy on the open roadWorldHigh school valedictorian yanked from stage after hijacking speech to rant against Israel and ICESaudi FM Receives Written Message from Russian Counterpart
Prices
US dollar50.20EGPEuro58.29EGPBritish pound67.40EGPSaudi riyal13.39EGPUAE dirham13.67EGPKuwaiti dinar162.83EGPJordanian dinar70.81EGPQatari riyal13.79EGPTurkish lira1.08EGPChinese yuan7.42EGPGold 247,040.84EGP/gGold 216,160.73EGP/gGold 185,280.63EGP/gSilver114.48EGP/g
US dollar50.20EGPEuro58.29EGPBritish pound67.40EGPSaudi riyal13.39EGPUAE dirham13.67EGPKuwaiti dinar162.83EGPJordanian dinar70.81EGPQatari riyal13.79EGPTurkish lira1.08EGPChinese yuan7.42EGPGold 247,040.84EGP/gGold 216,160.73EGP/gGold 185,280.63EGP/gSilver114.48EGP/g
NEWS BREAKING
Tempatan

Kampung Angkat Madani Batu Luking terima peruntukan RM500,000

Aaron Ago Dagang
Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata projek pembinaan tangki air bersih itu penting bagi memastikan penduduk mendapat akses kepada bekalan air mencukupi, stabil dan selamat.

SIBU: Sebanyak RM500,000 diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Kampung Angkat Madani di Batu Luking, Kanowit, dekat sini, melibatkan usaha menaik taraf sistem bekalan air bersih bagi kemudahan penduduk tiga rumah panjang dan sebuah sekolah rendah di kawasan itu.

Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang, berkata projek pembinaan tangki air bersih itu penting bagi memastikan penduduk mendapat akses kepada bekalan air mencukupi, stabil dan selamat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kanowit berkata, projek berkenaan melibatkan Rumah Bibi, Rumah Johnny, Rumah Morris dan SK Batu Luking yang menjadi tumpuan utama pelaksanaan inisiatif pembangunan di kawasan itu.

“Inisiatif Program Kampung Angkat Madani merupakan usaha bersepadu untuk merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar melalui penambahbaikan infrastruktur asas seperti bekalan air bersih, elektrik, jaringan jalan raya, peningkatan capaian digital, pemerkasaan komuniti serta pengukuhan sosioekonomi setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Projek Kampung Angkat Madani Batu Luking di Rumah Bibi King, hari ini.

Aaron berharap projek itu dapat dilaksanakan menjelang akhir tahun ini serta menegaskan program berkenaan membuktikan komitmen kerajaan Madani dalam memastikan setiap intervensi pembangunan memberi impak langsung terhadap kesejahteraan rakyat, sekali gus memastikan tiada komuniti tercicir daripada arus pembangunan negara.

Menurutnya, program itu juga selari dengan matlamat pembangunan mampan (SDG), khususnya dalam usaha membasmi kemiskinan, mengurangkan ketidaksamaan dan memastikan pembangunan inklusif.

Dalam pada itu, beliau berkata Program Kampung Angkat Madani menunjukkan peningkatan ketara dari segi pelaksanaan dan liputan apabila melibatkan 43 kampung pada fasa permulaan t2024 sebelum diperluas kepada 219 kampung tahun lepas.

“Bagi tahun ini, sasaran peluasan ditetapkan hingga 500 kampung dengan pendekatan lebih agresif termasuk pelaksanaan projek inovatif seperti tenaga solar luar grid bagi kawasan yang memerlukan penyelesaian tenaga alternatif,” katanya.

المصدر: Free Malaysia Today

0 Views

أضف تعليقاً

Your email address will not be published. Required fields are marked *