مباشر السبت، 31 أكتوبر 2026
عاجل
العالمالدفاع الروسية: استهداف سفينة بحرية تنقل شحنة للقوات الأوكرانية جنوبي أوديسامحلياتبمشاركة 21 عرضًا مسرحيًا.. ملتقى القاهرة الدولي للمسرح الجامعي يسدل الستار على دورته الثامنةحوادثكانوا رايحين يطلبوا لقمة العيش.. حكاية عمال قرية تادرس الذين خطفهم الموت على الطريق الأوسطيمحلياتتعليم القاهرة تعلن آلية التسكين الورقي لمسابقة الـ30 ألف معلممحلياترئيسا جامعتي بنها وووهان الصينية يفتتحان كلية الدراسات العليا بالعبور ويعلنان بدء الدراسة بهاالشرق الأوسطترامب: قد نشهد اتفاق سلام كبير خلال قمة الـ 20 يشمل روسيا وأوكرانيا وإيرانالشرق الأوسطحريق في ناقلة نفط بمضيق هرمز وسط أنباء عن اصطدامها بألغام بحريةمحلياتضبط مواد غذائية منتهية الصلاحية وتحرر محاضر ضد المخالفين بمرسى مطروححوادث«ركاب فوق صندوق سيارة نقل».. ضبط السائق لتعريض حياة المواطنين للخطر في سوهاجمحلياتفي رابع جولات الحزب بالقاهرة.. مستقبل وطن يسلم أجهزة ومستلزمات طبية لمستشفيات جامعة عين شمسالشرق الأوسطشبح «الحرب الثالثة» وهاجس حماية الجيش يشغلان الرئيس اللبنانيرياضة محليةغزل المحلة يعبر أبو قير للأسمدة بهدف إكباد في الدوريرياضة محليةعدم اكتمال الجمعية العمومية للنادي الإسماعيلي.. اعرف التفاصيلمحلياتمحافظ أسوان يوجه بتوفير المعلمين والصيانة المدرسيةصحةمؤشرات شخصية لقياس الصحة في منتصف العمرالشرق الأوسططهران تصعد ضد الإمارات بشأن أزمة الجزر الثلاثرياضة محليةقبل معسكر نوفمبر… أبو ريدة يسعى لتصفية الأجواء بين صلاح وحسام حسنمحلياتبدءاً من الغد.. الأسعار الجديدة لدخول المتحف المصري الكبيرالشرق الأوسطالهلال الأحمر: إدخال مليون طن من المساعدات الإنسانية والإغاثية إلى غزةعلوم وتكنولوجيالغز زجاج كأس رومانية يحل بعد 1600 عامالعالمالدفاع الروسية: استهداف سفينة بحرية تنقل شحنة للقوات الأوكرانية جنوبي أوديسامحلياتبمشاركة 21 عرضًا مسرحيًا.. ملتقى القاهرة الدولي للمسرح الجامعي يسدل الستار على دورته الثامنةحوادثكانوا رايحين يطلبوا لقمة العيش.. حكاية عمال قرية تادرس الذين خطفهم الموت على الطريق الأوسطيمحلياتتعليم القاهرة تعلن آلية التسكين الورقي لمسابقة الـ30 ألف معلممحلياترئيسا جامعتي بنها وووهان الصينية يفتتحان كلية الدراسات العليا بالعبور ويعلنان بدء الدراسة بهاالشرق الأوسطترامب: قد نشهد اتفاق سلام كبير خلال قمة الـ 20 يشمل روسيا وأوكرانيا وإيرانالشرق الأوسطحريق في ناقلة نفط بمضيق هرمز وسط أنباء عن اصطدامها بألغام بحريةمحلياتضبط مواد غذائية منتهية الصلاحية وتحرر محاضر ضد المخالفين بمرسى مطروححوادث«ركاب فوق صندوق سيارة نقل».. ضبط السائق لتعريض حياة المواطنين للخطر في سوهاجمحلياتفي رابع جولات الحزب بالقاهرة.. مستقبل وطن يسلم أجهزة ومستلزمات طبية لمستشفيات جامعة عين شمسالشرق الأوسطشبح «الحرب الثالثة» وهاجس حماية الجيش يشغلان الرئيس اللبنانيرياضة محليةغزل المحلة يعبر أبو قير للأسمدة بهدف إكباد في الدوريرياضة محليةعدم اكتمال الجمعية العمومية للنادي الإسماعيلي.. اعرف التفاصيلمحلياتمحافظ أسوان يوجه بتوفير المعلمين والصيانة المدرسيةصحةمؤشرات شخصية لقياس الصحة في منتصف العمرالشرق الأوسططهران تصعد ضد الإمارات بشأن أزمة الجزر الثلاثرياضة محليةقبل معسكر نوفمبر… أبو ريدة يسعى لتصفية الأجواء بين صلاح وحسام حسنمحلياتبدءاً من الغد.. الأسعار الجديدة لدخول المتحف المصري الكبيرالشرق الأوسطالهلال الأحمر: إدخال مليون طن من المساعدات الإنسانية والإغاثية إلى غزةعلوم وتكنولوجيالغز زجاج كأس رومانية يحل بعد 1600 عام
أسعار
دولار أمريكي56.03EGPيورو62.56EGPجنيه إسترليني75.00EGPريال سعودي14.94EGPدرهم إماراتي15.26EGPدينار كويتي180.24EGPدينار أردني79.02EGPريال قطري15.39EGPليرة تركية1.12EGPيوان صيني8.40EGPذهب 246,982.75EGP/جمذهب 216,109.91EGP/جمذهب 185,237.06EGP/جمفضة88.72EGP/جم
دولار أمريكي56.03EGPيورو62.56EGPجنيه إسترليني75.00EGPريال سعودي14.94EGPدرهم إماراتي15.26EGPدينار كويتي180.24EGPدينار أردني79.02EGPريال قطري15.39EGPليرة تركية1.12EGPيوان صيني8.40EGPذهب 246,982.75EGP/جمذهب 216,109.91EGP/جمذهب 185,237.06EGP/جمفضة88.72EGP/جم
خبر عاجل
اقرأ الخبر

Keselamatan hakim digesa diperketat susulan kes pemandu didakwa

رجوع
MAHKAMAH KUALA LUMPUR
Hakim perlu diberikan suatu bentuk perlindungan keselamatan memandangkan sifat dan kepentingan tugas yang mereka laksanakan, kata peguam.

PETALING JAYA: Peguam mendesak badan kehakiman merombak semula aturan keselamatan bagi kira-kira 150 hakim mahkamah atasan, dengan memberi amaran bahawa amalan semasa menyebabkan mereka terdedah kepada ancaman, gangguan malah serangan.

Mereka menegaskan pengambilan pemandu perlu dipusatkan dan mereka perlu menjalani pemeriksaan latar belakang yang ketat bagi memastikan profesionalisme dan akauntabiliti. Pada masa sama, hakim perlu disediakan anggota keselamatan terlatih atau pegawai polis untuk melindungi mereka daripada potensi bahaya atau ancaman ketakutan yang disasarkan.

Peguam Salim Bashir berkata sebarang kompromi terhadap keselamatan hakim atau pendedahan kepada ancaman dan keganasan, boleh menjejaskan keupayaan mereka melaksanakan tugas.

“Ini menekankan betapa pentingnya langkah keselamatan dan pengurusan ancaman yang berkesan,” kata bekas presiden Badan Peguam Malaysia itu, yang turut menyeru diwujudkan mekanisme sewajarnya untuk menilai potensi risiko keselamatan.

“Adalah amat penting supaya pemeriksaan latar belakang menyeluruh dan penilaian ketat dijalankan sebelum mengambil kakitangan atau pemandu yang bekerja rapat dengan hakim,” katanya.

Salim berkata walaupun menyediakan pasukan keselamatan bertaraf nasional atau pengawal peribadi untuk hakim biasa mungkin tidak praktikal, mereka tetap perlu diberikan perlindungan keselamatan asas.

Beliau berkata proses pengambilan pemandu perlu dipusatkan, dan pejabat ketua pendaftar wajar mempertimbangkan untuk mengambil alih tanggungjawab itu.

Sebagai alternatif, katanya, pejabat tersebut boleh melantik agensi swasta berkelayakan untuk menyediakan perkhidmatan pemandu yang dilatih secara profesional, dipantau dan dinilai.

Salim mengulas kes bekas pemandu seorang hakim yang didakwa atas pertuduhan ugutan jenayah ketika bertugas, yang bertujuan menimbulkan ketakutan dan kebimbangan.

Lelaki berusia 39 tahun itu turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berasingan memiliki amphetamine dan methamphetamine dalam badannya berdasarkan ujian air kencing.

Ketika ini, hakim yang baru dilantik dibenarkan mengambil pemandu sendiri, dengan ramai menggajikan pemandu hakim yang sudah bersara.

Gaji dan faedah mereka antara RM3,500 hingga RM6,000 sebulan, bergantung kepada pengalaman.

Pada masa ini, hanya ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan, serta hakim besar Malaya dan Sabah dan Sarawak disediakan pengawal peribadi.

Peguam Nicholas Kow berkata hakim dan pesuruhjaya kehakiman terdedah kepada risiko keselamatan kerana mereka bertanggungjawab memutuskan kes yang boleh memberi kesan kepada kehidupan, mata pencarian, kebebasan dan kepentingan pelbagai individu serta organisasi.

“Keselamatan semua hakim amat penting supaya mereka dapat menjalankan tugas tanpa rasa takut terhadap keselamatan diri,” katanya.

Dengan menyatakan menteri dan timbalan menteri berhak mendapat pemandu dan anggota keselamatan, Kow berkata sudah tiba masanya badan kehakiman mempertimbangkan perlindungan sama untuk hakim, yang merupakan anggota penting satu lagi cabang kerajaan.

Peguam Emile Ezra Hussain berkata komuniti perundangan, yang sekian lama prihatin terhadap jaminan jawatan hakim, juga perlu menilai kebimbangan berkaitan keselamatan peribadi mereka.

Beliau turut berkata keselamatan hakim wanita perlu diberi keutamaan, terutama apabila jumlah pelantikan hakim wanita terus meningkat.

“Mereka yang berkuasa mesti bersikap proaktif. Hakim wanita sering bersendirian dalam kereta dengan pemandu lelaki, dan sentiasa ada potensi risiko jenayah atau salah laku.

“Perlu ada orang ketiga, seperti pengawal peribadi, untuk menemani hakim wanita,” katanya.

Emile turut berkata pemandu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala bagi memastikan mereka bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol.

المصدر: Free Malaysia Today

4 مشاهدة

أضف تعليقاً

لن يتم نشر عنوان بريدك الإلكتروني. الحقول الإلزامية مشار إليها بـ *