مباشر السبت، 31 أكتوبر 2026
عاجل
محلياتأحمد موسى: أنا والديهي ومصطفى بكري نتعرض لحملات استهداف.. وعمرنا مغيرنا جلدناالشرق الأوسطروبيو: سيطرة الديمقراطيين على الكونغرس لن تغير مواقف ترامبحوادثأسرة الطفل محمد عماد: اختفى أثناء اللعب وعثرنا على جثمانه داخل منزل جارنا بالشرقية.. شاهدالشرق الأوسطأول تعليق من الأمين العام لمجلس الأمن القومي الإيراني على رسالة نائب ترامبمحلياتيوم الاثنين المقبل.. عزاء والد الملحن بلال سرور في مسجد الحصري بـ 6 أكتويرمحلياتالمغرب: المحافظ السابق عبد الكريم حامدي يكسر صمت رجال السلطة ويروي “مسار إنسان” في “ابن الفحم”رياضة عالميةألونسو: اتفقت مع اللاعبين بين الشوطين على ضرورة حسم المباراةرياضة محليةشوط أول سلبى بين منتخب السويس بتروجت وسموحة بالدورى المصرىرياضة عالميةالعمانى محمد البلوشى حكما لمباراة مصر والصين فى نصف نهائى كأس الخليجعلوم وتكنولوجياتفاصيل أحدث سيارة توريس من KGM العالميةالشرق الأوسطتركيا.. شكوى اعتداء جنسي حاول تدفع أبا لمحاولة قتل ابنته داخل مستشفى في أضنةحوادثاعترف بافتعال واقعة الاعتداء عليه وحرق الكشك في بورسعيد انتقامًا من شخصينرياضة محليةالسناني لـ«الشرق الأوسط»: جماهير الفيحاء وقودنا الحقيقيالنشرةنشرة أخبار الساعة العاشرة مساءً — 31 أكتوبر 2026الشرق الأوسطبانون يتوقع “حربا أهلية” داخل الحزب الجمهوري بعد انتخابات التجديد النصفيمحلياتأول نوفمبر، المعامل المركزية بالقليوبية تمد ساعات العمل وتستقبل المواطنين في الفترة المسائيةالشرق الأوسطوصول وزير التخطيط إلى احتفالية تنسيقية شباب الأحزاب والسياسيينالشرق الأوسطتنسيقية شباب الأحزاب تحتفل بتخريج دفعات برامجها التدريبية لعام 2026الشرق الأوسطالآلاف يتظاهرون وسط تل أبيب للمطالبة بتشكيل حكومة بالتعاون مع الأحزاب العربيةرياضة عالميةعزلة إجبارية بقرار إداري.. لماذا يمنع كومباني من التواصل مع مساعديه في بايرن ميونخ؟محلياتأحمد موسى: أنا والديهي ومصطفى بكري نتعرض لحملات استهداف.. وعمرنا مغيرنا جلدناالشرق الأوسطروبيو: سيطرة الديمقراطيين على الكونغرس لن تغير مواقف ترامبحوادثأسرة الطفل محمد عماد: اختفى أثناء اللعب وعثرنا على جثمانه داخل منزل جارنا بالشرقية.. شاهدالشرق الأوسطأول تعليق من الأمين العام لمجلس الأمن القومي الإيراني على رسالة نائب ترامبمحلياتيوم الاثنين المقبل.. عزاء والد الملحن بلال سرور في مسجد الحصري بـ 6 أكتويرمحلياتالمغرب: المحافظ السابق عبد الكريم حامدي يكسر صمت رجال السلطة ويروي “مسار إنسان” في “ابن الفحم”رياضة عالميةألونسو: اتفقت مع اللاعبين بين الشوطين على ضرورة حسم المباراةرياضة محليةشوط أول سلبى بين منتخب السويس بتروجت وسموحة بالدورى المصرىرياضة عالميةالعمانى محمد البلوشى حكما لمباراة مصر والصين فى نصف نهائى كأس الخليجعلوم وتكنولوجياتفاصيل أحدث سيارة توريس من KGM العالميةالشرق الأوسطتركيا.. شكوى اعتداء جنسي حاول تدفع أبا لمحاولة قتل ابنته داخل مستشفى في أضنةحوادثاعترف بافتعال واقعة الاعتداء عليه وحرق الكشك في بورسعيد انتقامًا من شخصينرياضة محليةالسناني لـ«الشرق الأوسط»: جماهير الفيحاء وقودنا الحقيقيالنشرةنشرة أخبار الساعة العاشرة مساءً — 31 أكتوبر 2026الشرق الأوسطبانون يتوقع “حربا أهلية” داخل الحزب الجمهوري بعد انتخابات التجديد النصفيمحلياتأول نوفمبر، المعامل المركزية بالقليوبية تمد ساعات العمل وتستقبل المواطنين في الفترة المسائيةالشرق الأوسطوصول وزير التخطيط إلى احتفالية تنسيقية شباب الأحزاب والسياسيينالشرق الأوسطتنسيقية شباب الأحزاب تحتفل بتخريج دفعات برامجها التدريبية لعام 2026الشرق الأوسطالآلاف يتظاهرون وسط تل أبيب للمطالبة بتشكيل حكومة بالتعاون مع الأحزاب العربيةرياضة عالميةعزلة إجبارية بقرار إداري.. لماذا يمنع كومباني من التواصل مع مساعديه في بايرن ميونخ؟
أسعار
دولار أمريكي56.03EGPيورو62.56EGPجنيه إسترليني75.00EGPريال سعودي14.94EGPدرهم إماراتي15.26EGPدينار كويتي180.24EGPدينار أردني79.02EGPريال قطري15.39EGPليرة تركية1.12EGPيوان صيني8.40EGPذهب 246,982.75EGP/جمذهب 216,109.91EGP/جمذهب 185,237.06EGP/جمفضة88.72EGP/جم
دولار أمريكي56.03EGPيورو62.56EGPجنيه إسترليني75.00EGPريال سعودي14.94EGPدرهم إماراتي15.26EGPدينار كويتي180.24EGPدينار أردني79.02EGPريال قطري15.39EGPليرة تركية1.12EGPيوان صيني8.40EGPذهب 246,982.75EGP/جمذهب 216,109.91EGP/جمذهب 185,237.06EGP/جمفضة88.72EGP/جم
خبر عاجل
اقرأ الخبر
Pandangan

Krisis di Asia Barat, adakah ini Pesta Buku KL terakhir?

رجوع

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 muncul lagi, kali ini ia akan berlangsung antara 29 Mei sehingga 7 Jun 2026 dan seperti biasa ia bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Sudah banyak perbincangan bagaimana pelbagai industri dan sektor pembuatan tempatan akan terjejas ekoran perang Amerika Syarikat (AS)-Israel dengan Iran. Namun demikian, tidak ramai menyedari krisis di Asia Barat ini juga akan memberi kesan buruk kepada industri buku, terutama apabila gangguan rantaian bekalan semakin dirasai.

Di Barat, kesan perang ini sudah mula menggugat industri buku di AS dan Eropah. Mac lalu, majalah Publishers Weekly melaporkan surcaj bahan api bagi penghantaran laut dan udara sedang meningkat dengan pantas. Woodland Global USA, anak syarikat Woodland Group yang beribu pejabat di United Kingdom dan bertanggungjawab mengendalikan import serta eksport bagi beberapa penerbit utama, mula mengenakan surcaj bahan api tetap 12% bagi penghantaran domestik dan Eropah.

Di AS, terdapat peraturan Federal Maritime Commission, di mana syarikat perkapalan mesti memberikan notis sebulan sebelum mengenakan surcaj baharu, dan sebahagian besar telah pun mengeluarkan notis awal bahawa surcaj bahan api mula berkuat kuasa pada pertengahan April lepas. Perang Ramadan ini turut menyebabkan kadar penghantaran udara meningkat disebabkan perubahan laluan penerbangan untuk mengelakkan ruang udara Asia Barat serta kenaikan kos bahan api.

Bukan itu sahaja, krisis tidak menentu yang belum kelihatan berakhir ini akan meningkatkan tekanan kewangan di mana insurans akan berlipat kali ganda. Syarikat insurans kini membatalkan perlindungan risiko perang bagi kapal yang belayar ke, dari atau melalui Teluk Parsi, Teluk Aden dan perairan sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta.

Di Asia Barat, industri bukunya mula terkesan kerana beberapa pesta buku utama di rantau Asia Barat dan Afrika Utara sudah ditangguhkan. Ini termasuklah Pesta Buku Antarabangsa Muscat ke-30 yang sepatutnya berlangsung dari 26 Mac hingga 5 April; juga Pesta Buku Antarabangsa Abu Dhabi ke-35 yang asalnya pada 11-20 April lalu. Iran meneruskan Pesta Buku Tehran secara dalam talian. Saya kurang tahu keberkesanannya.

Adakah industri buku di Malaysia dan rantau ini akan ikut terkesan ekoran keadaan di Asia Barat?

Sudah tentu. Walaupun sebahagian besar bekalan kertas, dakwat, barang gantian mesin cetak dan aneka bahan mentah datang dari China, tetapi penutupan Selat Hormuz akan mengganggu nasib industri buku di sini.

Memang kelihatannya, gangguan adalah “bekalan dari Timur Tengah”, tetapi rantaian global tenaga, logistik dan pengangkutan laut saling berkait. Seperti yang kita tahu, Selat Hormuz mengendalikan hampir 20% bekalan minyak dunia. Apa sahaja keadaan di sini akan menyebabkan harga minyak, LNG dan insurans maritim melonjak. Dan suka atau tidak, industri buku bakal terkesan oleh kos kontena, diesel untuk pengangkutan, elektrik kilang dan kos penghantaran antarabangsa. Semua di atas akan mengakibatkan harga cetakan naik mendadak, kos import buku turut melambung dan kos penghantaran domestik juga terlibat.

Bukan itu sahaja, industri kertas akan turut berdepan peningkatan kos bahan kimia industri berkait petroleum, selain kos operasi industri kertas yang akan meningkat. Akhirnya, harga eksport kertas ke Malaysia dan Asia Tenggara akan turut meningkat.

Meskipun bekalan kertas dan dakwat kita kebanyakan datang dari China; dakwat offset, coating, lamination, plastik pembungkus buku, gam jilid adalah bersumberkan petrokimia. Kenaikan harga minyak akan membuatkan dakwat, gam, varnish dan kos gam turut mencuar tegak.

Kesannya mungkin tidak begitu kelihatan di PBAKL 2026, tetapi selepas pesta buku ini, saya percaya penerbit juga terpaksa menaikkan harga buku atau mengurangkan cetakan. Ini terjadi kerana stok kertas menyurut atau modal pusingan dan akses kredit boleh ikut terkesan. Penerbit kecil akan mula merasa keadaan ini sebaik sahaja PBAKL tamat. Di pesta buku kali ini, penerbit bebas akan berdepan margin nipis, cetakan buku lebih terhad dan paling memeningkan kepala adalah risiko lambakan stok yang tinggi.

Pembeli atau pembaca akan mula berwaspada dan kerana ekonomi sedang menggerhana, pembaca juga mula berjimat. Malangnya, buku sering dianggap “perbelanjaan nanti-nanti” atau “boleh tangguh”. Pastinya ini akan mendorong jualan menurun, walaupun minat membaca sedang merancak.

Pun, nasihat saya kepada penerbit buku, khusus penerbit kecil; krisis di Asia Barat juga mungkin membawa kesan paradoks di mana krisis geopolitik dan ekonomi selalunya membuka jalan kepada penerbitan buku-buku dengan tema atau genre agama, kefahaman mengenai kuasa, geopolitik, sejarah, komentar sosial dan survivalisme. Makanya, sebarang penerbitan yang memusat kepada topik di atas mungkin beroleh perhatian pembaca.

Dalam pada itu, jika krisis ini berpanjangan, tidak dapat tidak pencinta buku akan menyaksikan harga buku pengarang kegemaran mereka naik, penerbit pula beralih ke POD (print-on-demand) yang mungkin sedikit sebanyak mengganggu mutu penerbitan buku, manakala buku fizikal mewah (kulit keras, buku seni dan coffee-table book) paling terkesan.

Semua ini tidak akan terhenti di sini. Para pengarang dan sasterawan akan mendapati sumber pendapatan atau royalti mereka kian mengecut. Hidup sebagai pengarang di Malaysia sudahlah sedia parah, keadaan ini mungkin menekan kelompok ini dalam keadaan tidak terjangka. Dalam erti kata lain, para penulis akan berdepan gelombang ganas, sejauh mana mereka akan tenggelam lemas belumlah dapat ditentukan. Memang tidak dinafikan faktor tekanan hidup akan selalunya melahirkan karya yang baik, tetapi ia juga akan menjauhkan lagi harapan dan keinginan untuk memajukan industri buku dan dunia kepengarangan.

PBAKL 2026 adalah pesta buku yang paling penting sebetulnya dalam sejarah industri buku dan penerbitan tempatan. Jika industri buku kali ini lulus dengan cemerlang dan pelanggan atau pencinta buku masih setia; ada kebarangkalian kita akan berdepan dan mampu mengatasi keadaan ini bersama-sama. Tetapi, jika sambutannya suam-suam kuku, maka kita sedang meniti masalah besar.

Sudah tentu campur tangan kerajaan diperlukan untuk ikut membantu industri buku.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

المصدر: Free Malaysia Today

6 مشاهدة

أضف تعليقاً

لن يتم نشر عنوان بريدك الإلكتروني. الحقول الإلزامية مشار إليها بـ *