مباشر الخميس، 18 يونيو 2026
عاجل
منوعاتكأس العالم 2026.. مدرب كرواتيا يكشف سبب السقوط أمام إنجلترا: «مباراة مليئة بالأخطاء»رياضة محليةكأس العالم 2026، إنجلترا تواصل التقدم أمام كرواتيا في 75 دقيقةسياسةترمب لإيران: التزام الاتفاق أو العودة للقصفسياسةكين: توبيخ ما بين الشوطين خلف انتفاضتنا أمام كرواتياالعالم“بعد حالة من الجمود”.. إعلام عبري: من المتوقع استئناف المحادثات الإسرائيلية – السورية تحت ضغط أمريكيالعالمالفيفا يناقش سبل مكافحة خطاب الكراهية في كرة القدم على هامش كأس العالم 2026رياضة محليةشيخ الأزهر يرحب بوقف إطلاق النار بين إيران وأمريكا: نأمل أن يكون بداية لاستقرار دائم بالمنطقةالعالمترامب يؤكد توقيعه على مذكر التفاهم بين الولايات المتحدة وإيرانسياسةخطة أميركية لفصل العراق عن مفاوضات إيرانسياسةمدرب قطر: قاموسنا لا يعترف بالضغطالعالمترامب: الولايات المتحدة ستكون أفضل حالا من دون اتفاقية التجارة الحرة مع المكسيك وكنداسياسة«قمة السبع» تتوافق على تسليح أوكرانياالعالمترامب يعلن من فرنسا عن توقيعه مذكرة التفاهم مع إيران (فيديو)العالماليمن.. هيئة بريطانية تعلن عن هجوم مسلح يستهدف سفينة تجارية قبالة عدنرياضة محليةبدعوة من ماكرون، ترامب في قصر فرساي لحضور مأدبة عشاءرياضة محليةكأس العالم، إنجلترا تعود للتقدم أمام كرواتيا في 60 دقيقةمنوعاتكأس العالم 2026.. ميدو بعد مباراة بلجيكا: احترموا تاريخ حسام حسن.. والنقد يجب أن يكون موضوعيًاسياسةتألق كين أسعد الإنجليز… والدفاع المهزوز «يقلقهم»سياسةتقرير دولي حول الأطفال والنزاعات المسلحة: إسرائيل على قائمة العار للسنة الثانية بسبب جرائمها في غزةالعالمرئيس وزراء باكستان: ترامب وبزشكيان وقعا على “مذكرة تفاهم إسلام آباد” التاريخيةمنوعاتكأس العالم 2026.. مدرب كرواتيا يكشف سبب السقوط أمام إنجلترا: «مباراة مليئة بالأخطاء»رياضة محليةكأس العالم 2026، إنجلترا تواصل التقدم أمام كرواتيا في 75 دقيقةسياسةترمب لإيران: التزام الاتفاق أو العودة للقصفسياسةكين: توبيخ ما بين الشوطين خلف انتفاضتنا أمام كرواتياالعالم“بعد حالة من الجمود”.. إعلام عبري: من المتوقع استئناف المحادثات الإسرائيلية – السورية تحت ضغط أمريكيالعالمالفيفا يناقش سبل مكافحة خطاب الكراهية في كرة القدم على هامش كأس العالم 2026رياضة محليةشيخ الأزهر يرحب بوقف إطلاق النار بين إيران وأمريكا: نأمل أن يكون بداية لاستقرار دائم بالمنطقةالعالمترامب يؤكد توقيعه على مذكر التفاهم بين الولايات المتحدة وإيرانسياسةخطة أميركية لفصل العراق عن مفاوضات إيرانسياسةمدرب قطر: قاموسنا لا يعترف بالضغطالعالمترامب: الولايات المتحدة ستكون أفضل حالا من دون اتفاقية التجارة الحرة مع المكسيك وكنداسياسة«قمة السبع» تتوافق على تسليح أوكرانياالعالمترامب يعلن من فرنسا عن توقيعه مذكرة التفاهم مع إيران (فيديو)العالماليمن.. هيئة بريطانية تعلن عن هجوم مسلح يستهدف سفينة تجارية قبالة عدنرياضة محليةبدعوة من ماكرون، ترامب في قصر فرساي لحضور مأدبة عشاءرياضة محليةكأس العالم، إنجلترا تعود للتقدم أمام كرواتيا في 60 دقيقةمنوعاتكأس العالم 2026.. ميدو بعد مباراة بلجيكا: احترموا تاريخ حسام حسن.. والنقد يجب أن يكون موضوعيًاسياسةتألق كين أسعد الإنجليز… والدفاع المهزوز «يقلقهم»سياسةتقرير دولي حول الأطفال والنزاعات المسلحة: إسرائيل على قائمة العار للسنة الثانية بسبب جرائمها في غزةالعالمرئيس وزراء باكستان: ترامب وبزشكيان وقعا على “مذكرة تفاهم إسلام آباد” التاريخية
أسعار
دولار أمريكي50.20EGPيورو58.29EGPجنيه إسترليني67.40EGPريال سعودي13.39EGPدرهم إماراتي13.67EGPدينار كويتي162.83EGPدينار أردني70.81EGPريال قطري13.79EGPليرة تركية1.08EGPيوان صيني7.42EGPذهب 246,953.36EGP/جمذهب 216,084.19EGP/جمذهب 185,215.02EGP/جمفضة111.84EGP/جم
دولار أمريكي50.20EGPيورو58.29EGPجنيه إسترليني67.40EGPريال سعودي13.39EGPدرهم إماراتي13.67EGPدينار كويتي162.83EGPدينار أردني70.81EGPريال قطري13.79EGPليرة تركية1.08EGPيوان صيني7.42EGPذهب 246,953.36EGP/جمذهب 216,084.19EGP/جمذهب 185,215.02EGP/جمفضة111.84EGP/جم
خبر عاجل

Perlindungan caruman Perkeso di sebalik potongan gaji

perkeso
Pekerja bergaji minimum RM1,700 mencarum RM8.50 sebulan kepada Perkeso, manakala majikan mencarum RM29.75.

PETALING JAYA: Bagi ramai pekerja di Malaysia, caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mungkin dilihat sekadar satu lagi potongan dalam slip gaji.

Bagi pekerja bergaji minimum RM1,700, caruman kepada Perkeso ialah RM8.50 sebulan atau 0.5% daripada gaji. Pekerja turut mencarum RM3.40, bersamaan 0.2%, kepada Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Majikan pula mencarum RM29.75, atau 1.75%, kepada Perkeso, selain RM3.40, atau 0.2%, kepada SIP.

Bagi pekerja berpendapatan rendah, potongan kecil seperti ini tetap boleh dirasai.

Tetapi persoalan paling penting sebenarya ke mana sebenarnya caruman ini disalurkan dan bagaimana ia memberi manfaat kepada pekerja?

Perlindungan jarang disedari

Zharif Luqman Hashim, ahli ekonomi di Centre for Future Labour Market Studies berkata Perkeso diwujudkan bagi memastikan pekerja mempunyai perlindungan asas apabila berdepan kejadian tidak diingini.

Katanya, perlindungan Perkeso bukan hanya terhad kepada kemalangan di tempat kerja.

Menerusi Skim Bencana Pekerjaan, Perkeso melindungi pekerja daripada kecederaan ketika bekerja serta dalam perjalanan pergi atau pulang dari tempat kerja.

Skim Keilatan pula menyediakan perlindungan 24 jam bagi kes hilang upaya atau kematian, manakala SIP memberi bantuan pendapatan dan sokongan mencari pekerjaan kepada pekerja yang kehilangan kerja.

Sistem itu turut merangkumi bantuan pemulihan, anggota palsu, rawatan dialisis dan program kembali bekerja.

Menurut Zharif, tidak seperti insurans swasta yang bersifat sukarela dan ditentukan berdasarkan risiko individu, caruman Perkeso wajib dikumpulkan secara bersama dan ditetapkan mengikut gaji, bukan tahap kesihatan seseorang.

Ini bermakna pekerja bergaji rendah atau mereka dalam pekerjaan berisiko tinggi tidak tersisih daripada perlindungan.

Perkara itu penting terutama dalam sektor yang mempunyai risiko lebih tinggi, termasuk pekerjaan manual yang lazimnya dilakukan pekerja bergaji rendah.

“Menanggung bil perubatan sahaja tidak menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi kebanyakan keluarga selepas berlaku kecederaan atau penyakit, iaitu kehilangan pendapatan dan keupayaan untuk bekerja.

“Perkeso pergi lebih jauh dengan menyediakan penggantian pendapatan, di samping pemulihan dan sokongan untuk kembali bekerja,” katanya.

Insurans swasta bukan pengganti

Zharif berkata Perkeso dan insurans swasta memainkan peranan berbeza.

Katanya, insurans swasta lazimnya berfungsi sebagai perlindungan tambahan seperti manfaat perubatan lebih luas atau jumlah perlindungan lebih tinggi, bagi mereka yang mampu membayarnya.

Insurans swasta juga biasanya melalui proses penilaian risiko, bermakna kelayakan perlindungan dan kadar premium bergantung kepada umur, tahap kesihatan serta faktor risiko lain.

Felo kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Azizul Amiludin berkata, mengikut penilaian risiko insurans, premium bagi sebahagian pekerja mungkin ditetapkan pada kadar lebih tinggi.

Katanya, jika perlindungan itu perlu dibeli secara individu, ia boleh menyebabkan golongan berisiko atau berpendapatan rendah tidak mampu memilikinya.

Tenaga kerja semakin berusia

Penduduk Malaysia berusia 65 tahun ke atas meningkat daripada 7.6% pada 2024 kepada 8% pada 2025, dan ia dijangka terus bertambah.

Perubahan ini turut mengubah bentuk risiko yang dihadapi masyarakat apabila populasi semakin menua.

Dalam konteks ini, Skim Keilatan Perkeso, yang menyediakan perlindungan 24 jam bagi hilang upaya atau kematian akibat sebarang sebab, dijangka memainkan peranan lebih besar.

Pada masa sama, sistem insurans sosial juga perlu berkembang seiring perubahan demografi.

“Apabila purata umur tenaga kerja meningkat, dasar menggalakkan pekerja lebih berusia untuk terus aktif dalam ekonomi wajar dipertimbangkan.

“Namun, jenis pekerjaan ditawarkan kepada pekerja lebih berusia perlu selari dengan pengalaman dan kemahiran mereka.

“Mereka mungkin kurang sesuai untuk pekerjaan yang menuntut tenaga fizikal tinggi, seperti kerja buruh,” kata Azizul.

Beliau berkata Perkeso sahaja tidak mampu menyediakan perlindungan menyeluruh kepada pekerja yang berdepan diskriminasi umur atau penyakit kronik.

“Jika kerajaan bercadang melanjutkan umur persaraan, bentuk perlindungan seperti ini perlu dipertimbangkan dan mungkin boleh diperjuangkan oleh Perkeso,” katanya.

Azizul turut memberi amaran kenaikan kos perubatan, populasi menua dan kemungkinan bilangan pencarum yang mengecil boleh memberi tekanan kepada sistem itu dari semasa ke semasa.

Justeru, katanya, kadar caruman dan skop perlindungan mungkin perlu disemak secara berkala.

Kadar caruman Perkeso kekal pada 2.25% sejak penubuhannya, dengan kemampanan sistem setakat ini dikekalkan melalui kenaikan siling gaji daripada RM5,000 kepada RM6,000, bukan peningkatan kadar caruman.

Kos atau pelaburan bersama?

Zharif berkata Perkeso perlu dilihat sebagai pelaburan terhadap pekerja, bukan sekadar kos.

“Dengan melindungi pekerja apabila mereka cedera, hilang upaya atau sementara waktu tidak mampu bekerja, sistem ini membantu mengekalkan kemahiran, pengalaman dan penyertaan dalam tenaga kerja,” katanya.

Azizul pula berkata tanpa sistem seperti Perkeso, beban itu tidak akan hilang, sebaliknya hanya dipindahkan ke pihak lain.

“Kos penjagaan kesihatan mungkin meningkat lebih tinggi, terutama dalam konteks populasi yang semakin menua, manakala kesan sosialnya juga besar.

“Keluarga akan memikul tanggungjawab lebih besar menjaga ahli keluarga yang tidak berdaya, sering kali dengan mengorbankan penyertaan ekonomi dan kesejahteraan mereka sendiri.

“Institusi awam, termasuk sistem kebajikan, juga akan menerima tekanan lebih besar. Ini semua adalah kos sebenar kepada masyarakat.

“Insurans sosial tidak harus dilihat semata-mata sebagai perbelanjaan individu, tetapi sebagai pelaburan bersama untuk kestabilan sosial dan daya tahan ekonomi,” katanya.

المصدر: Free Malaysia Today

0 مشاهدة

أضف تعليقاً

لن يتم نشر عنوان بريدك الإلكتروني. الحقول الإلزامية مشار إليها بـ *