Live Thursday, 18 June 2026
BREAKING
Egyptian FM holds calls with Iranian counterpart , U.S. Envoy on regional developmentsZverev into French Open last-fourIsraeli fire kills four people in Gaza, medics sayAncelotti eases Neymar W. Cup fearsArab, Islamic states condemn Israeli actions at Al-AqsaSyria Hopes for Terrorism Delisting to Spur Economic RecoveryBenfica linked with Fulham’s SilvaVan der Breggen takes Giro leadKremlin: Saudi Arabia Named Guest of Honor at St. Petersburg Economic Forumرياضة محلية‘Really cool to share this journey with her’: Michelle Wie West playing for her family at U.S. Women’s OpenArchaeological Replicas Showcase Saudi Arabia’s Rich History at Kuala Lumpur Int’l Book FairRenewable Energy Helps Red Sea Global Avoid 118,000 Tons of Carbon EmissionsLetter: Carol Rumens obituaryEngland v India: third and deciding women’s T20 cricket international – liveHealthVolunteers serve comfort food in a worrying Ebola outbreak – Sault Michigan NewsEconomyTrump signs AI executive order asking companies to give government early access to modelsVarietySouth West Water fined nearly £2million after supplying homes with parasite-ridden water that left four people in hospital – and telling people it was safe to drinkScience & TechYour car is following you – how to reclaim your data privacy on the open roadWorldHigh school valedictorian yanked from stage after hijacking speech to rant against Israel and ICESaudi FM Receives Written Message from Russian CounterpartEgyptian FM holds calls with Iranian counterpart , U.S. Envoy on regional developmentsZverev into French Open last-fourIsraeli fire kills four people in Gaza, medics sayAncelotti eases Neymar W. Cup fearsArab, Islamic states condemn Israeli actions at Al-AqsaSyria Hopes for Terrorism Delisting to Spur Economic RecoveryBenfica linked with Fulham’s SilvaVan der Breggen takes Giro leadKremlin: Saudi Arabia Named Guest of Honor at St. Petersburg Economic Forumرياضة محلية‘Really cool to share this journey with her’: Michelle Wie West playing for her family at U.S. Women’s OpenArchaeological Replicas Showcase Saudi Arabia’s Rich History at Kuala Lumpur Int’l Book FairRenewable Energy Helps Red Sea Global Avoid 118,000 Tons of Carbon EmissionsLetter: Carol Rumens obituaryEngland v India: third and deciding women’s T20 cricket international – liveHealthVolunteers serve comfort food in a worrying Ebola outbreak – Sault Michigan NewsEconomyTrump signs AI executive order asking companies to give government early access to modelsVarietySouth West Water fined nearly £2million after supplying homes with parasite-ridden water that left four people in hospital – and telling people it was safe to drinkScience & TechYour car is following you – how to reclaim your data privacy on the open roadWorldHigh school valedictorian yanked from stage after hijacking speech to rant against Israel and ICESaudi FM Receives Written Message from Russian Counterpart
Prices
US dollar49.93EGPEuro57.68EGPBritish pound66.74EGPSaudi riyal13.31EGPUAE dirham13.60EGPKuwaiti dinar162.35EGPJordanian dinar70.42EGPQatari riyal13.72EGPTurkish lira1.08EGPChinese yuan7.37EGPGold 246,789.87EGP/gGold 215,941.14EGP/gGold 185,092.40EGP/gSilver106.10EGP/g
US dollar49.93EGPEuro57.68EGPBritish pound66.74EGPSaudi riyal13.31EGPUAE dirham13.60EGPKuwaiti dinar162.35EGPJordanian dinar70.42EGPQatari riyal13.72EGPTurkish lira1.08EGPChinese yuan7.37EGPGold 246,789.87EGP/gGold 215,941.14EGP/gGold 185,092.40EGP/gSilver106.10EGP/g
NEWS BREAKING
Super BM

Stigma lelaki ‘kena kuat’ buat ramai mangsa gangguan seksual terus berdiam

abuse
Lebih 1,000 aduan gangguan seksual membabitkan lelaki diterima menerusi kaunter aduan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (Gambar Envato Elements)

PETALING JAYA: Stigma lelaki perlu sentiasa kuat dan mampu mempertahankan diri menyebabkan ramai mangsa gangguan seksual memilih untuk berdiam diri, kata pakar.

Pakar psikiatri Dr Ahmad Rostam Zin berkata tanggapan masyarakat bahawa lelaki lazimnya pelaku, bukan mangsa, menyebabkan banyak kes dipercayai tidak dilaporkan.

Katanya, mangsa lelaki juga berdepan persepsi bahawa mereka sepatutnya mampu mengawal keadaan, selain kesan psikologi dialami mereka sering dianggap tidak seteruk wanita.

“Ada juga salah faham apabila reaksi fizikal tertentu ketika kejadian disalah tafsir sebagai tanda mangsa merelakan perbuatan itu.

“Hakikatnya, keadaan sedemikian boleh berlaku tanpa kerelaan mangsa dan tidak bermaksud mereka bersetuju dengan apa yang berlaku,” katanya kepada FMT.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri pada 19 Mei lalu berkata lebih 1,000 aduan gangguan seksual membabitkan lelaki diterima menerusi kaunter aduan kementerian itu sejak 2024.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata mangsa gangguan seksual berisiko mengalami kemurungan, keresahan, kecelaruan tekanan pascatrauma (PTSD), kecelaruan seksual serta kehilangan keyakinan diri.

“Risiko penyalahgunaan bahan terlarang juga boleh meningkat. Bagi mangsa lelaki bawah umur pula, trauma yang tidak ditangani dengan baik boleh meningkatkan risiko mereka menjadi pemangsa pada masa depan,” katanya.

Ahmad berkata, kanak-kanak dan remaja lelaki sebenarnya lebih mudah menjadi sasaran kerana masyarakat sering menganggap mereka mampu menjaga diri sendiri.

Pensyarah kanan psikologi Universiti Putra Malaysia, Mohamad Naqiuddin Dahamat Azam berkata kes membabitkan pelajar bawah umur lebih membimbangkan kerana remaja masih berada dalam fasa pembentukan identiti, emosi dan kematangan sosial.

Katanya, apabila eksploitasi seksual berlaku membabitkan individu yang mempunyai hubungan amanah seperti guru, kesannya bukan sekadar trauma terhadap kejadian itu.

“Ia juga boleh mengganggu perkembangan psikologi remaja secara keseluruhan,” katanya.

Azman Azwan Azmawati dari Kwara State University pula berkata persepsi masyarakat yang meletakkan lelaki sebagai individu yang perlu sentiasa kuat dan menjadi pelindung turut menyukarkan mangsa tampil membuat laporan.

“Ramai mangsa takut dihina, dipersenda atau dilabel jika tampil berkongsi pengalaman mereka,” katanya.

Beliau berkata gangguan seksual perlu dilihat sebagai isu kemanusiaan dan tidak seharusnya tertumpu kepada jantina tertentu semata-mata.

المصدر: Free Malaysia Today

0 Views

أضف تعليقاً

Your email address will not be published. Required fields are marked *