Live Saturday, 5 September 2026
BREAKING
Egyptian FM holds calls with Iranian counterpart , U.S. Envoy on regional developmentsZverev into French Open last-fourIsraeli fire kills four people in Gaza, medics sayEgypt, Singapore discuss expanding cooperation in tourism, antiquitiesAncelotti eases Neymar W. Cup fearsArab, Islamic states condemn Israeli actions at Al-AqsaSyria Hopes for Terrorism Delisting to Spur Economic RecoveryBenfica linked with Fulham’s SilvaVan der Breggen takes Giro leadKremlin: Saudi Arabia Named Guest of Honor at St. Petersburg Economic ForumTrump administration proposes 25% tariff to punish Brazil over trade practicesرياضة محلية‘Really cool to share this journey with her’: Michelle Wie West playing for her family at U.S. Women’s OpenArchaeological Replicas Showcase Saudi Arabia’s Rich History at Kuala Lumpur Int’l Book FairRenewable Energy Helps Red Sea Global Avoid 118,000 Tons of Carbon EmissionsLetter: Carol Rumens obituaryEngland v India: third and deciding women’s T20 cricket international – liveHealthVolunteers serve comfort food in a worrying Ebola outbreak – Sault Michigan NewsEconomyTrump signs AI executive order asking companies to give government early access to modelsVarietySouth West Water fined nearly £2million after supplying homes with parasite-ridden water that left four people in hospital – and telling people it was safe to drinkScience & TechYour car is following you – how to reclaim your data privacy on the open roadEgyptian FM holds calls with Iranian counterpart , U.S. Envoy on regional developmentsZverev into French Open last-fourIsraeli fire kills four people in Gaza, medics sayEgypt, Singapore discuss expanding cooperation in tourism, antiquitiesAncelotti eases Neymar W. Cup fearsArab, Islamic states condemn Israeli actions at Al-AqsaSyria Hopes for Terrorism Delisting to Spur Economic RecoveryBenfica linked with Fulham’s SilvaVan der Breggen takes Giro leadKremlin: Saudi Arabia Named Guest of Honor at St. Petersburg Economic ForumTrump administration proposes 25% tariff to punish Brazil over trade practicesرياضة محلية‘Really cool to share this journey with her’: Michelle Wie West playing for her family at U.S. Women’s OpenArchaeological Replicas Showcase Saudi Arabia’s Rich History at Kuala Lumpur Int’l Book FairRenewable Energy Helps Red Sea Global Avoid 118,000 Tons of Carbon EmissionsLetter: Carol Rumens obituaryEngland v India: third and deciding women’s T20 cricket international – liveHealthVolunteers serve comfort food in a worrying Ebola outbreak – Sault Michigan NewsEconomyTrump signs AI executive order asking companies to give government early access to modelsVarietySouth West Water fined nearly £2million after supplying homes with parasite-ridden water that left four people in hospital – and telling people it was safe to drinkScience & TechYour car is following you – how to reclaim your data privacy on the open road
Prices
US dollar50.94EGPEuro59.16EGPBritish pound68.88EGPSaudi riyal13.59EGPUAE dirham13.87EGPKuwaiti dinar165.01EGPJordanian dinar71.85EGPQatari riyal14.00EGPTurkish lira1.05EGPChinese yuan7.57EGPGold 247,257.68EGP/gGold 216,350.47EGP/gGold 185,443.26EGP/gSilver108.66EGP/g
US dollar50.94EGPEuro59.16EGPBritish pound68.88EGPSaudi riyal13.59EGPUAE dirham13.87EGPKuwaiti dinar165.01EGPJordanian dinar71.85EGPQatari riyal14.00EGPTurkish lira1.05EGPChinese yuan7.57EGPGold 247,257.68EGP/gGold 216,350.47EGP/gGold 185,443.26EGP/gSilver108.66EGP/g
NEWS BREAKING
Tempatan

Syarikat JB kata pertikaian gaji selesai, pekerja dakwa sebaliknya

Pekerja yang membantah dalam asrama berkata mereka hanya akan kembali bekerja selepas semua tunggakan gaji dibayar sepenuhnya. (Gambar Abdullah Almamun)

JOHOR BAHRU: Pertikaian antara pekerja asing dan sebuah firma kejuruteraan di sini berhubung tunggakan gaji selama lima hingga lapan bulan masih berterusan, walaupun beberapa jaminan telah diberikan pemilik syarikat dan Kementerian Sumber Manusia.

Pemilik Esstar Vision Sdn Bhd berkata, sebahagian isu itu telah selesai, dengan usaha ke arah penyelesaian penuh sedang dilaksanakan, tetapi pekerja bertegas masalah berkenaan belum selesai dan mereka terpaksa bergantung kepada penderma untuk mendapatkan makanan.

Jumaat lalu, kira-kira 50 pekerja mengadakan protes dalam asrama mereka, dengan membawa sepanduk menuntut penyelesaian segera terhadap isu itu.

Alamin Biswas, 32, berkata 21 daripada 80 pekerja terbabit telah kembali bekerja selepas pihak pengurusan memaklumkan mereka akan dibayar RM400 seminggu, dengan semua tunggakan gaji diselesaikan kemudian.

“Kira-kira 50 orang daripada kami yang hanya akan kembali bekerja jika pihak pengurusan membayar semua tunggakan gaji dan memberi gaji sewajarnya apabila kami mula bekerja.

“Pihak pengurusan tidak menepati janjinya walaupun selepas campur tangan Jabatan Tenaga Kerja dan Kementerian Sumber Manusia campur tangan,” katanya kepada FMT.

Alamin yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak di Bangladesh berkata, pekerja lain telah pulang ke negara asal selepas permit kerja mereka tamat tempoh. Tetapi, sebelum pulang, mereka telah membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja.

“Buat masa ini, kami hanya mampu bertahan dengan bantuan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh dan penderma dari segi makanan. Tetapi, kami tidak dapat menghantar wang kepada keluarga kami yang sedang bergelut membayar balik hutang bagi menampung kos perjalanan kami ke sini.”

Jurucakap Esstar Vision, Law Yuk Hui ketika dihubungi berkata, syarikat itu masih beroperasi dan mempunyai projek sedang berjalan dan akan datang.

“Fokus syarikat sekarang untuk menyelesaikan isu pekerjaan melalui kesinambungan pekerjaan, perbincangan berterusan dengan pekerja dan penglibatan bersama pihak berkuasa berkaitan mengikut undang-undang.

“Kami terus menawarkan pekerjaan dan pengaturan pembayaran segera, sementara perbincangan dengan pekerja terjejas diteruskan. Niat kami untuk membolehkan pekerja terus bekerja sambil menangani masalah tunggakan gaji secara beransur-ansur.”

Beliau mengesahkan “sebahagian pekerja” belum kembali bekerja, walaupun pengaturan telah ditawarkan kepada mereka.

Tetapi, katanya, aduan yang disampaikan kepada FMT tidak mencerminkan keadaan semasa sepenuhnya.

Sementara itu, jurucakap Migrant Workers Network, Abdullah Almamun, berkata NGO itu sedang mengumpul dana untuk membantu pekerja terbabit mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan.

“Kita perlu bertindak kerana amaran keras oleh Menteri Sumber Manusia, R Ramanan gagal menyelesaikan perkara itu. Kita memerlukan tindakan serius daripada kerajaan.”

المصدر: Free Malaysia Today

0 Views

أضف تعليقاً

Your email address will not be published. Required fields are marked *