مباشر الخميس، 18 يونيو 2026
عاجل
سياسةما هي التحديات التي يمكن أن تعرقل توصل أمريكا وإيران لاتفاق نهائي؟رياضة محليةاصطدم بالمصور وأسقطه أرضاً.. موقف “محرج” لمدافع أوزبكستان في مباراة كولومبيارياضة محليةذكرى القديسة دابامون والسياف أولوجي، رحلة إيمان توجتها أكاليل الشهادةرياضة محلية4 تعادلات و4 هزائم، حصاد المنتخبات الأفريقية في الجولة الأولى لكأس العالممنوعاتكأس العالم 2026.. منتخب مصر يتدرب بملعب «جونزاجا» استعدادًا لمواجهة نيوزيلنداالعالمالخارجية الإيرانية: اليورانيوم المخصب لن يغادر البلادالشرق الأوسطلحظة توقيع دونالد ترامب الاتفاق الأمريكي الإيراني خلال عشاء بقصر فرسايرياضة محليةمواقيت الصلاة اليوم الخميس 18 – 6 – 2026 في القاهرة والمحافظاتالعالمعواقب خطيرة للجمع بين الكحول والتدخينالعالمبالفيديو.. ترامب يوقع مذكرة التفاهم مع إيران من قصر فرساي وماكرون يعلق: عمل عظيمالعالممتحف النصر الروسي يطلق الألبوم الخامس من مشروع “أغاني الأطفال الكبرى” تزامنا مع يوم روسياالعالمبريطانيا تفرض أكبر عقوبة مالية على شركة خالفت العقوبات ضد روسياسياسةكولومبيا تتجاوز أوزبكستان بثلاثيةالشرق الأوسطفيديو يكشف ما قاله ترامب للسيسي عن سد النهضة ورأيه بـ”عدالة” إثيوبيامنوعاتتعادلات ثمينة وخسائر مؤلمة.. ماذا قدمت منتخبات العرب في الجولة الأولى بكأس العالم 2026؟رياضة محليةبيت الشعر العربي يحتفي بأحمد عبد المعطي حجازي في أمسية خاصة بعنوان “عمر من الشعر”رياضة محليةارتفاع عباد الشمس 6 جنيهات، أسعار الزيت اليوم الخميس 18 يونيو 2026سياسةالأسهم الآسيوية ترتفع مع الترحيب بالاتفاق الأميركي-الإيرانيالعالمخسائر فادحة للقوات المسلحة الأوكرانية في مقاطعة سومي – الأمن الروسيالعالمماكرون يكشف سبب توقيع مذكرة التفاهم في قصر فرسايسياسةما هي التحديات التي يمكن أن تعرقل توصل أمريكا وإيران لاتفاق نهائي؟رياضة محليةاصطدم بالمصور وأسقطه أرضاً.. موقف “محرج” لمدافع أوزبكستان في مباراة كولومبيارياضة محليةذكرى القديسة دابامون والسياف أولوجي، رحلة إيمان توجتها أكاليل الشهادةرياضة محلية4 تعادلات و4 هزائم، حصاد المنتخبات الأفريقية في الجولة الأولى لكأس العالممنوعاتكأس العالم 2026.. منتخب مصر يتدرب بملعب «جونزاجا» استعدادًا لمواجهة نيوزيلنداالعالمالخارجية الإيرانية: اليورانيوم المخصب لن يغادر البلادالشرق الأوسطلحظة توقيع دونالد ترامب الاتفاق الأمريكي الإيراني خلال عشاء بقصر فرسايرياضة محليةمواقيت الصلاة اليوم الخميس 18 – 6 – 2026 في القاهرة والمحافظاتالعالمعواقب خطيرة للجمع بين الكحول والتدخينالعالمبالفيديو.. ترامب يوقع مذكرة التفاهم مع إيران من قصر فرساي وماكرون يعلق: عمل عظيمالعالممتحف النصر الروسي يطلق الألبوم الخامس من مشروع “أغاني الأطفال الكبرى” تزامنا مع يوم روسياالعالمبريطانيا تفرض أكبر عقوبة مالية على شركة خالفت العقوبات ضد روسياسياسةكولومبيا تتجاوز أوزبكستان بثلاثيةالشرق الأوسطفيديو يكشف ما قاله ترامب للسيسي عن سد النهضة ورأيه بـ”عدالة” إثيوبيامنوعاتتعادلات ثمينة وخسائر مؤلمة.. ماذا قدمت منتخبات العرب في الجولة الأولى بكأس العالم 2026؟رياضة محليةبيت الشعر العربي يحتفي بأحمد عبد المعطي حجازي في أمسية خاصة بعنوان “عمر من الشعر”رياضة محليةارتفاع عباد الشمس 6 جنيهات، أسعار الزيت اليوم الخميس 18 يونيو 2026سياسةالأسهم الآسيوية ترتفع مع الترحيب بالاتفاق الأميركي-الإيرانيالعالمخسائر فادحة للقوات المسلحة الأوكرانية في مقاطعة سومي – الأمن الروسيالعالمماكرون يكشف سبب توقيع مذكرة التفاهم في قصر فرساي
أسعار
دولار أمريكي49.93EGPيورو57.68EGPجنيه إسترليني66.74EGPريال سعودي13.31EGPدرهم إماراتي13.60EGPدينار كويتي162.35EGPدينار أردني70.42EGPريال قطري13.72EGPليرة تركية1.08EGPيوان صيني7.37EGPذهب 246,933.38EGP/جمذهب 216,066.71EGP/جمذهب 185,200.04EGP/جمفضة111.13EGP/جم
دولار أمريكي49.93EGPيورو57.68EGPجنيه إسترليني66.74EGPريال سعودي13.31EGPدرهم إماراتي13.60EGPدينار كويتي162.35EGPدينار أردني70.42EGPريال قطري13.72EGPليرة تركية1.08EGPيوان صيني7.37EGPذهب 246,933.38EGP/جمذهب 216,066.71EGP/جمذهب 185,200.04EGP/جمفضة111.13EGP/جم
خبر عاجل

Lewat 18 tahun warta kolam takungan punca tanah diberi pemaju, kata Hannah

Hannah Yeoh
Hannah Yeoh berkata SPRM mendapati perizaban kawasan kolam takungan banjir telah diluluskan sejak 19 Jun 1998, namun proses pewartaan masih belum dilaksanakan ketika pemberimilikan tanah dibuat.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kelewatan 18 tahun dalam proses pewartaan kawasan kolam takungan banjir di ibu negara menjadi antara faktor yang membolehkan tanah berkenaan diberi kepada pemaju bagi pembangunan bercampur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata perkara itu dimaklumkan SPRM satu sesi taklimat bersama pengurusan tertinggi Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).

Katanya, SPRM mendapati perizaban kawasan kolam takungan banjir itu telah diluluskan sejak 19 Jun 1998, namun proses pewartaan masih belum dilaksanakan ketika pemberimilikan tanah dibuat.

“Justeru, pada 9 Oktober 2016, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersetuju membatalkan kelulusan perizaban yang diluluskan pada 19 Jun 1998 bagi membolehkan kelulusan pemberimilikan seluas 80 ekar diberikan kepada pemaju untuk pembangunan bercampur dengan pengenaan premium berjumlah RM214 juta.

“Terdapat kelewatan selama 18 tahun untuk tindakan pewartaan kawasan ini diambil,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, pengurusan tertinggi JWP menerima kunjungan dan taklimat daripada SPRM yang diketuai Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman berhubung hasil siasatan terhadap proses pemberimilikan kolam takungan banjir kepada pemaju.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Muhammad Azmi Mohd Zain, Datuk Bandar Kuala Lumpur Fadlun Mak Ujud, dan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Rahilah Rahmat.

Pada 15 Mei lalu, SPRM memaklumkan bahawa siasatan isu penukaran status tanah kolam takungan banjir di ibu negara diklasifikasikan tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Ia berkata keputusan itu dibuat selepas siasatan menyeluruh SPRM berdasarkan keterangan dan dokumen diperolehi mendapati tiada unsur rasuah dikenal pasti.

Siasatan SPRM turut membabitkan penukaran status beberapa kawasan berhampiran kolam takungan air di ibu negara, termasuk di Taman Wahyu, bagi tujuan pembangunan.

Dalam pada itu, Yeoh berkata siasatan SPRM itu bermula sejak 2021 susulan laporan media dan penemuan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2 yang antara lain mendapati enam kolam takungan banjir telah diluluskan pemberimilikan oleh Pejabat Tanah dan Galian WPKL (PTGWPKL) bagi tujuan pembangunan kediaman dan pembangunan bercampur.

Katanya, hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur rasuah, penyelewengan serta salah-guna kuasa dalam proses pemberimilikan serta perintah pembangunan diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pemaju.

“SPRM menjalankan semakan dokumen, merakam keterangan saksi termasuk pemaju terlibat, selain melakukan lawatan ke tapak kolam takungan banjir berkenaan.

“Juruukur yang dilantik juga mengesahkan tiada sebarang pencerobohan sempadan berlaku oleh pihak pemaju,” katanya.

Pada masa sama katanya, SPRM mengesyorkan supaya semua kelulusan pembangunan pada masa depan mengambil kira risiko dan fungsi kolam takungan banjir menerusi proses penilaian lebih ketat.

Hannah berkata SPRM turut memuji tindakan DBKL menghentikan serta-merta semua kelulusan kebenaran merancang dan pembangunan baharu di kawasan kolam takungan banjir.

“JWP kini menubuhkan pasukan petugas khas bagi mempercepat proses pewartaan kawasan hijau dan kolam takungan banjir bagi mengelakkan isu sama berulang.

“Ia komited untuk terus memelihara kawasan lapang dan kolam takungan banjir dan akan mempercepatkan proses pewartaan baki 30% kawasan lapang dan kolam takungan banjir yang telah diluluskan,” katanya.

المصدر: Free Malaysia Today

0 مشاهدة

أضف تعليقاً

لن يتم نشر عنوان بريدك الإلكتروني. الحقول الإلزامية مشار إليها بـ *