Live Wednesday, 16 September 2026
BREAKING
Egyptian FM holds calls with Iranian counterpart , U.S. Envoy on regional developmentsZverev into French Open last-fourIsraeli fire kills four people in Gaza, medics sayEgypt, Singapore discuss expanding cooperation in tourism, antiquitiesAncelotti eases Neymar W. Cup fearsArab, Islamic states condemn Israeli actions at Al-AqsaSyria Hopes for Terrorism Delisting to Spur Economic RecoveryBenfica linked with Fulham’s SilvaVan der Breggen takes Giro leadKremlin: Saudi Arabia Named Guest of Honor at St. Petersburg Economic ForumTrump administration proposes 25% tariff to punish Brazil over trade practicesرياضة محلية‘Really cool to share this journey with her’: Michelle Wie West playing for her family at U.S. Women’s OpenArchaeological Replicas Showcase Saudi Arabia’s Rich History at Kuala Lumpur Int’l Book FairRenewable Energy Helps Red Sea Global Avoid 118,000 Tons of Carbon EmissionsLetter: Carol Rumens obituaryEngland v India: third and deciding women’s T20 cricket international – liveHealthVolunteers serve comfort food in a worrying Ebola outbreak – Sault Michigan NewsEconomyTrump signs AI executive order asking companies to give government early access to modelsVarietySouth West Water fined nearly £2million after supplying homes with parasite-ridden water that left four people in hospital – and telling people it was safe to drinkScience & TechYour car is following you – how to reclaim your data privacy on the open roadEgyptian FM holds calls with Iranian counterpart , U.S. Envoy on regional developmentsZverev into French Open last-fourIsraeli fire kills four people in Gaza, medics sayEgypt, Singapore discuss expanding cooperation in tourism, antiquitiesAncelotti eases Neymar W. Cup fearsArab, Islamic states condemn Israeli actions at Al-AqsaSyria Hopes for Terrorism Delisting to Spur Economic RecoveryBenfica linked with Fulham’s SilvaVan der Breggen takes Giro leadKremlin: Saudi Arabia Named Guest of Honor at St. Petersburg Economic ForumTrump administration proposes 25% tariff to punish Brazil over trade practicesرياضة محلية‘Really cool to share this journey with her’: Michelle Wie West playing for her family at U.S. Women’s OpenArchaeological Replicas Showcase Saudi Arabia’s Rich History at Kuala Lumpur Int’l Book FairRenewable Energy Helps Red Sea Global Avoid 118,000 Tons of Carbon EmissionsLetter: Carol Rumens obituaryEngland v India: third and deciding women’s T20 cricket international – liveHealthVolunteers serve comfort food in a worrying Ebola outbreak – Sault Michigan NewsEconomyTrump signs AI executive order asking companies to give government early access to modelsVarietySouth West Water fined nearly £2million after supplying homes with parasite-ridden water that left four people in hospital – and telling people it was safe to drinkScience & TechYour car is following you – how to reclaim your data privacy on the open road
Prices
US dollar52.06EGPEuro60.07EGPBritish pound70.16EGPSaudi riyal13.88EGPUAE dirham14.18EGPKuwaiti dinar168.80EGPJordanian dinar73.43EGPQatari riyal14.30EGPTurkish lira1.07EGPChinese yuan7.74EGPGold 247,250.97EGP/gGold 216,344.60EGP/gGold 185,438.23EGP/gSilver108.42EGP/g
US dollar52.06EGPEuro60.07EGPBritish pound70.16EGPSaudi riyal13.88EGPUAE dirham14.18EGPKuwaiti dinar168.80EGPJordanian dinar73.43EGPQatari riyal14.30EGPTurkish lira1.07EGPChinese yuan7.74EGPGold 247,250.97EGP/gGold 216,344.60EGP/gGold 185,438.23EGP/gSilver108.42EGP/g
NEWS BREAKING
Super BM

Agenda 12 perkara Bersama tiada apa yang baharu, kata Hassan Karim

hassan
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata cadangan yang digariskan dalam agenda Parti Bersama tidak menawarkan sesuatu yang jauh berbeza daripada reformasi yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan.

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan agenda 12 perkara Parti Bersama Malaysia (Bersama), dengan menyatakan ia tidak menawarkan sesuatu yang benar-benar baharu berbanding reformasi yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, turut berkata beberapa cadangan yang diketengahkan Bersama, yang diambil alih bekas pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad minggu ini, sebenarnya tidak memerlukan platform politik baharu.

Salah satu cadangan itu ialah sistem keselamatan sosial nasional, katanya.

“Kerajaan PH sedia ada boleh melaksanakannya,” kata Hassan kepada FMT, sambil menambah bahawa kekangan kewangan kekal menjadi cabaran utama bagi mana-mana kerajaan untuk melaksanakan program sedemikian.

Mengenai sasaran Bersama untuk mengurangkan pekerja migran kepada 5% daripada tenaga kerja negara, Ahli Parlimen lantang itu berkata pentadbiran terdahulu juga telah mengiktiraf keperluan mengurangkan kebergantungan negara terhadap buruh asing.

“Kerajaan terdahulu sedar bahawa tidak baik untuk Malaysia terlalu bergantung kepada pekerja asing,” katanya.

Beliau merujuk kepada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 — pelan pembangunan 10 tahun yang diperkenalkan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad pada 2019 — dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai contoh dasar kerajaan untuk menangani isu itu.

Hassan berkata Rafizi membantu menyediakan RMK13 semasa menjadi menteri ekonomi bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Agenda Bersama yang diperkenalkan Rafizi dan Nik Nazmi, bekas menteri sumber asli dan kelestarian alam sekitar pada 17 Mei lalu menyentuh reformasi institusi, penjagaan kanak-kanak sejagat, perlindungan sosial lebih kukuh dan pelan pengurangan pekerja migran.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata reformasi institusi yang mahu dibawa Bersama tidak jauh berbeza daripada dasar yang sedang dilaksanakan oleh Anwar.

Beliau juga mempersoalkan sasaran pengurangan pekerja migran kepada 5% tenaga kerja kerana Malaysia masih sangat bergantung kepada buruh asing.

“Ketika ini, pekerja migran membentuk sekitar 14% hingga 15% tenaga kerja. Sasaran itu nampak terlalu tinggi,” katanya sambil menambah bahawa PH juga sedang berusaha mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata Bersama sekadar mengitar semula janji pilihan raya PH sebelum ini.

“Dan sehingga kini, masih ada janji manifesto yang belum ditunaikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua PKR Johor, Dr Zaliha Mustafa, berkata terdapat ‘perbezaan besar’ antara merangka agenda dan mentadbir negara.

Zaliha berkata PKR akan terus komited terhadap agenda reformasi yang diperjuangkan sejak penubuhan parti itu dan akan terus melaksanakan reformasi yang bermakna serta tersusun untuk negara.

المصدر: Free Malaysia Today

2 Views

أضف تعليقاً

Your email address will not be published. Required fields are marked *