Live Wednesday, 17 June 2026
BREAKING
Egyptian FM holds calls with Iranian counterpart , U.S. Envoy on regional developmentsZverev into French Open last-fourIsraeli fire kills four people in Gaza, medics sayAncelotti eases Neymar W. Cup fearsArab, Islamic states condemn Israeli actions at Al-AqsaSyria Hopes for Terrorism Delisting to Spur Economic RecoveryBenfica linked with Fulham’s SilvaVan der Breggen takes Giro leadKremlin: Saudi Arabia Named Guest of Honor at St. Petersburg Economic Forumرياضة محلية‘Really cool to share this journey with her’: Michelle Wie West playing for her family at U.S. Women’s OpenArchaeological Replicas Showcase Saudi Arabia’s Rich History at Kuala Lumpur Int’l Book FairRenewable Energy Helps Red Sea Global Avoid 118,000 Tons of Carbon EmissionsLetter: Carol Rumens obituaryEngland v India: third and deciding women’s T20 cricket international – liveHealthVolunteers serve comfort food in a worrying Ebola outbreak – Sault Michigan NewsEconomyTrump signs AI executive order asking companies to give government early access to modelsVarietySouth West Water fined nearly £2million after supplying homes with parasite-ridden water that left four people in hospital – and telling people it was safe to drinkScience & TechYour car is following you – how to reclaim your data privacy on the open roadWorldHigh school valedictorian yanked from stage after hijacking speech to rant against Israel and ICESaudi FM Receives Written Message from Russian CounterpartEgyptian FM holds calls with Iranian counterpart , U.S. Envoy on regional developmentsZverev into French Open last-fourIsraeli fire kills four people in Gaza, medics sayAncelotti eases Neymar W. Cup fearsArab, Islamic states condemn Israeli actions at Al-AqsaSyria Hopes for Terrorism Delisting to Spur Economic RecoveryBenfica linked with Fulham’s SilvaVan der Breggen takes Giro leadKremlin: Saudi Arabia Named Guest of Honor at St. Petersburg Economic Forumرياضة محلية‘Really cool to share this journey with her’: Michelle Wie West playing for her family at U.S. Women’s OpenArchaeological Replicas Showcase Saudi Arabia’s Rich History at Kuala Lumpur Int’l Book FairRenewable Energy Helps Red Sea Global Avoid 118,000 Tons of Carbon EmissionsLetter: Carol Rumens obituaryEngland v India: third and deciding women’s T20 cricket international – liveHealthVolunteers serve comfort food in a worrying Ebola outbreak – Sault Michigan NewsEconomyTrump signs AI executive order asking companies to give government early access to modelsVarietySouth West Water fined nearly £2million after supplying homes with parasite-ridden water that left four people in hospital – and telling people it was safe to drinkScience & TechYour car is following you – how to reclaim your data privacy on the open roadWorldHigh school valedictorian yanked from stage after hijacking speech to rant against Israel and ICESaudi FM Receives Written Message from Russian Counterpart
Prices
US dollar50.20EGPEuro58.29EGPBritish pound67.40EGPSaudi riyal13.39EGPUAE dirham13.67EGPKuwaiti dinar162.83EGPJordanian dinar70.81EGPQatari riyal13.79EGPTurkish lira1.08EGPChinese yuan7.42EGPGold 246,824.56EGP/gGold 215,971.49EGP/gGold 185,118.42EGP/gSilver109.03EGP/g
US dollar50.20EGPEuro58.29EGPBritish pound67.40EGPSaudi riyal13.39EGPUAE dirham13.67EGPKuwaiti dinar162.83EGPJordanian dinar70.81EGPQatari riyal13.79EGPTurkish lira1.08EGPChinese yuan7.42EGPGold 246,824.56EGP/gGold 215,971.49EGP/gGold 185,118.42EGP/gSilver109.03EGP/g
NEWS BREAKING
Tempatan

Majlis Presiden PN mungkin tak lagi relevan bagi PAS, kata penganalisis

Muktamar Pas
Mazlan Ali berkata PAS yang mempunyai wakil rakyat teramai dengan 43 Ahli Parlimen selain menguasai tiga kerajaan negeri kini boleh diibaratkan ‘abang besar’ dalam PN.

PETALING JAYA: Gesaan seorang pemimpin Bersatu untuk ‘menghidupkan’ segera cadangan penubuhan Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) mungkin tidak lagi relevan terutama bagi PAS yang kedudukannya semakin dominan, kata penganalisis.

Syaza Shukri.
Syaza Shukri.

Syaza Shukri berpandangan PAS mungkin tidak lagi mempunyai insentif kuat menyokong penubuhan majlis presiden kerana parti itu sudah menguasai hala tuju PN, susulan pelantikan Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengerusi menggantikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Menurut penganalisis Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, PAS mungkin tidak mahu ada mekanisme lain untuk pengurusan gabungan berkenaan sekiranya ia boleh menggugat kedudukan pengerusi PN.

“Kewujudan majlis presiden juga dilihat berkait dengan usaha Bersatu untuk mendapatkan kuasa veto dalam gabungan berkenaan.

“Bagi saya Majlis Presiden PN ini bertindih fungsinya. Mengapa perlu ada sedangkan semua presiden parti sepatutnya sudah menjadi timbalan pengerusi PN?,” katanya kepada FMT.

Kelmarin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Dr Afif Bahardin membangkitkan kembali gesaan supaya Majlis Presiden Perikatan PN ditubuhkan, selepas dicadangkan Januari lalu.

Cadangan untuk mewujudkan Majlis Presiden PN timbul susulan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai pengerusinya ketika krisis politik di Perlis menyaksikan pentadbiran menteri besar disandang PAS beralih kepada Bersatu.

Gesaan Afif itu dibuat ketika hubungan gabungan berkenaan kembali ‘berkocak’ selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Jumaat lalu memberi kata dua kepada Bersatu termasuk mengkaji semula hubungan.

Mazlan Ali
Mazlan Ali.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata penegasan Hadi dalam beberapa isu termasuk dakwaan Bersatu menolak permohonan parti baharu kerana dikatakan bimbang bakal menjadi platform bagi Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin, menunjukkan kekuatannya.

Menurutnya, PAS yang mempunyai wakil rakyat teramai dengan 43 Ahli Parlimen selain menguasai tiga kerajaan negeri kini boleh diibaratkan ‘abang besar’ dalam PN.

“PAS sudah mempunyai kekuatan sendiri melalui naratif Melayu-Islam yang menjadi tunjang sokongan akar umbi mereka.

“Kenyataan Hadi untuk mengkaji semula hubungan dengan Bersatu menunjukkan PAS tidak lagi melihat Majlis Presiden PN sebagai platform penting untuk membuat keputusan bersama,” katanya.

المصدر: Free Malaysia Today

0 Views

أضف تعليقاً

Your email address will not be published. Required fields are marked *