Live Wednesday, 17 June 2026
BREAKING
Egyptian FM holds calls with Iranian counterpart , U.S. Envoy on regional developmentsZverev into French Open last-fourIsraeli fire kills four people in Gaza, medics sayAncelotti eases Neymar W. Cup fearsArab, Islamic states condemn Israeli actions at Al-AqsaSyria Hopes for Terrorism Delisting to Spur Economic RecoveryBenfica linked with Fulham’s SilvaVan der Breggen takes Giro leadKremlin: Saudi Arabia Named Guest of Honor at St. Petersburg Economic Forumرياضة محلية‘Really cool to share this journey with her’: Michelle Wie West playing for her family at U.S. Women’s OpenArchaeological Replicas Showcase Saudi Arabia’s Rich History at Kuala Lumpur Int’l Book FairRenewable Energy Helps Red Sea Global Avoid 118,000 Tons of Carbon EmissionsLetter: Carol Rumens obituaryEngland v India: third and deciding women’s T20 cricket international – liveHealthVolunteers serve comfort food in a worrying Ebola outbreak – Sault Michigan NewsEconomyTrump signs AI executive order asking companies to give government early access to modelsVarietySouth West Water fined nearly £2million after supplying homes with parasite-ridden water that left four people in hospital – and telling people it was safe to drinkScience & TechYour car is following you – how to reclaim your data privacy on the open roadWorldHigh school valedictorian yanked from stage after hijacking speech to rant against Israel and ICESaudi FM Receives Written Message from Russian CounterpartEgyptian FM holds calls with Iranian counterpart , U.S. Envoy on regional developmentsZverev into French Open last-fourIsraeli fire kills four people in Gaza, medics sayAncelotti eases Neymar W. Cup fearsArab, Islamic states condemn Israeli actions at Al-AqsaSyria Hopes for Terrorism Delisting to Spur Economic RecoveryBenfica linked with Fulham’s SilvaVan der Breggen takes Giro leadKremlin: Saudi Arabia Named Guest of Honor at St. Petersburg Economic Forumرياضة محلية‘Really cool to share this journey with her’: Michelle Wie West playing for her family at U.S. Women’s OpenArchaeological Replicas Showcase Saudi Arabia’s Rich History at Kuala Lumpur Int’l Book FairRenewable Energy Helps Red Sea Global Avoid 118,000 Tons of Carbon EmissionsLetter: Carol Rumens obituaryEngland v India: third and deciding women’s T20 cricket international – liveHealthVolunteers serve comfort food in a worrying Ebola outbreak – Sault Michigan NewsEconomyTrump signs AI executive order asking companies to give government early access to modelsVarietySouth West Water fined nearly £2million after supplying homes with parasite-ridden water that left four people in hospital – and telling people it was safe to drinkScience & TechYour car is following you – how to reclaim your data privacy on the open roadWorldHigh school valedictorian yanked from stage after hijacking speech to rant against Israel and ICESaudi FM Receives Written Message from Russian Counterpart
Prices
US dollar50.20EGPEuro58.29EGPBritish pound67.40EGPSaudi riyal13.39EGPUAE dirham13.67EGPKuwaiti dinar162.83EGPJordanian dinar70.81EGPQatari riyal13.79EGPTurkish lira1.08EGPChinese yuan7.42EGPGold 246,879.27EGP/gGold 216,019.36EGP/gGold 185,159.45EGP/gSilver109.78EGP/g
US dollar50.20EGPEuro58.29EGPBritish pound67.40EGPSaudi riyal13.39EGPUAE dirham13.67EGPKuwaiti dinar162.83EGPJordanian dinar70.81EGPQatari riyal13.79EGPTurkish lira1.08EGPChinese yuan7.42EGPGold 246,879.27EGP/gGold 216,019.36EGP/gGold 185,159.45EGP/gSilver109.78EGP/g
NEWS BREAKING
Pandangan

Raya korban kurang glamor

Sejujurnya, kita lebih teruja menyambut Hari Raya Aidilfitri berbanding Hari Raya Aidiladha, kan? Cuba buka media sosial seminggu sebelum idilfitri. Penuh video langsir baharu, kuih raya, lagu raya, baju sedondon, lebuh raya sesak dan segala rendang, pindang dan kuah lodeh. Pendek kata, kita semua nampak hidup dan ceria seolah kita inilah duta kebahagiaan. Raya bersama kitalah yang paling meriah dan istimewa. Seronok kalau dapat banyak ‘likes’.

Tetapi apabila tiba raya korban, suasananya berbeza. Lagu raya pun kurang diputarkan. Pusat beli-belah tidak begitu meriah dengan dekorasi. Di rumah, tidak ada perdebatan tentang warna tema baju. Budak-budak pula tidak terlalu teruja mahu kumpul duit raya kerana Aidiladha memang kurang dikaitkan dengan sampul hijau. Tidak juga sibuk mencari mercun dan bunga api. Pendek kata lagi, raya korban memang kurang glamor.

Untuk kita, secara automatik sejak dahulu lagi Aidiladha dilihat sebagai raya yang lebih serius, bukan untuk berseronok sangat. Sebab itu lagu-lagu raya Aidiladha pun tidak banyak. Kalau ada sekalipun, nadanya selalunya lebih matang. Itupun lagu Aidilfitri yang tiada perkataan Aidilfitri di dalamnya yang diputarkan. Di televisyen tiada rancangan nyanyian beramai-ramai atau berjoget sambil bakar lemang. Kita telah difahamkan bahawa raya haji ini bukan tentang pesta. Ia adalah tentang pengorbanan.

Tanpa kita sedar, ‘mood’ Aidiladha sebenarnya lebih dekat dengan kehidupan sebenar orang dewasa. Aidilfitri kita sifatkan sebagai hari merayakan kemenangan selepas sebulan menahan lapar dan dahaga berpuasa. Kanak-kanak yang berjaya puasa penuh pastilah gembira meraikan hari kemenangan. Tetapi Aidiladha tidak berbicara tentang kemenangan yang mudah. Ia lebih banyak bercakap tentang berkorban, melepaskan apa yang kita sayang, reda apa yang dikurniakan dalam menuju jalan kemenangan. Ini sukar sedikit untuk dimengerti. Barangkali, memang sifat kita tak suka kepada susah-payah bekerja apatah lagi berfikir. Kita kalau boleh mahu menang tanpa perlu berkorban. Kita selalu berangan menjadi kaya tanpa perlu bekerja keras.

Sebab itu Aidiladha dilihat lebih ‘berat’. Pengorbanan bukan perkara yang glamor. Ia tidak seronok untuk dilakukan apatah lagi untuk dipamerkan. Malah dalam kehidupan harian pun, kebanyakan pengorbanan berlaku tanpa pengiktirafan dan penghargaan. Bukan itu saja, pengorbanan adakalanya dibalas dengan pengkhianatan. Itu yang getir bila bercakap soal pengorbanan.

Di rumah, seorang ayah berkorban menahan belanja untuk dirinya sendiri asalkan pakaian anak dapat dibeli. Pengorbanan ibu pula yang tak pernah siap kerja rumahnya dari siang sampai ke malam jarang dilihat sehinggalah bila ibu sudah tiada, barulah terasa. Semua jerih-perih itu tidak menjadi tular. Tidak masuk FYP. Tetapi itulah realiti ‘pengorbanan’ harian sebenar yang dilupakan. Yang diingat selalu hanyalah, makan-makan di restoran mewah ketika hari gaji.

Di sesetengah tempat hari ini, masyarakat kita masih lagi mengamalkan gotong-royong pada Hari Raya Aidiladha. Masih ada majlis sama-sama menyembelih dan melapah daging. Kanak-kanak berlari melihat lembu besar diikat di pokok. Orang perempuan pun terlibat sama. Di situlah terserlah kemeriahan Aidiladha. Tetapi, di kebanyakan tempat, suasana semakin berubah. Ada yang melakukan korban secara dalam talian tanpa perlu hadir di lapangan. Klik, bayar, selesai. Kemudian kita pun terima gambar lembu melalui WhatsApp seperti menerima ‘tracking number parcel’. Daging pula sampai dalam plastik vakum yang tersusun kemas.

Saya tidak katakan itu salah. Teknologi memang memudahkan. Tetapi dalam satu-satu hal, teknologi moden yang sering menjadikan manusia lebih efisien ini perlahan-lahan menghilangkan juga sebuah rasa. Seperti kita kini lebih banyak menghantar emoji ketawa berbanding benar-benar ketawa bersama orang lain. Seperti kita menulis ‘semoga dipermudahkan’ ketika kawan ditimpa kesusahan berbanding kita ucap sendiri di sampingnya sambil mengusap bahu. ‘Rasa’ itu semakin hilang.

Kita pula sekarang kerap merungut apabila upacara korban dipenuhi warga asing yang kononnya menyibuk. Ada yang tidak selesa melihat warga Bangladesh menempel ingin turut bantu melapah, mengangkat daging atau bergotong-royong di masjid dan surau. Eh, bukankah selama ini kita sering mendengar dalam bacaan talkin soalan tentang siapakah saudara kita? Bukankah mereka juga saudara sesama Islam? Kadangkala pelik juga sikap kita ini. Kalau ‘Mat Saleh’ datang mahu membantu program komuniti, bukan main ramah lagi kita. Sedangkan Aidiladha sendiri membawa semangat kebersamaan dan merendahkan ego sesama manusia. Bukan sahaja pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih anak yang dikasihinya itu wajib dicontohi tetapi kesediaan Nabi Ismail untuk bersama menyahut perintah tuhan itu, merelakan dirinya dikorbankan itu pun wajib dihayati.

Aidiladha bagi kita tidak mempunyai unsur ‘show off’ yang kuat untuk dijadikan festival gaya hidup. Tidak banyak elemen yang boleh dipakej menjadi kandungan media sosial yang estetik. Orang jarang membuat video ‘Aidiladha outfit check’. Tidak ramai pempengaruh membuat kandungan ‘sepuluh tempat wajib dikunjungi ketika raya korban’. Kan? Yang ada ialah promosi untuk buat korban di dalam dan di luar negara. Melaram dengan baju atau kereta pada hari raya pertama, tak ada.

Raya haji ibarat kehidupan sebenar kita yang tak sentiasa glamor. Glamor hanya beberapa detik yang terpampang indah di permukaan sahaja sedangkan pada waktu lainnya adalah kehidupan yang penuh tersembunyi batu karang di dasarnya. Membesarkan anak tidak glamor sepanjang masa. Menjaga ibu bapa yang sakit juga tidak glamor. Semuanya memerlukan pengorbanan yang panjang dan kadangkala berseorangan. Selain mengambil iktibar kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail seperti yang selalu kita dengar pada khutbah solat sunat, Aidiladha datang setiap tahun untuk mengingatkan kembali kisah kita sendiri. Bahawa dalam hidup ini, tidak semua perkara perlu dipertontonkan.

Kata orang, Aidilfitri raya untuk budak-budak manakala Aidiladha adalah raya orang dewasa. Saya akui, semakin meningkat umur ini, semakin saya memahami raya korban. Dan, secara peribadi ada banyak perkara telah saya lalui menuntut pengorbanan yang tinggi, dengan perasaan reda harus melepaskan. Kehilangan orang tersayang menginsafkan saya bahawa tiada daya upayanya kita mengawal takdir tetapi nikmat-nikmat lain yang diberikan kepada saya jarang saya syukuri. Saya semakin melihat bahawa hari raya sebagai cermin kehidupan sendiri. Saya semakin faham bahawa menjadi manusia yang bertanggungjawab selalunya memerlukan sesuatu untuk dikorbankan. Dan semua itu luar daripada kamus glamor. Itulah ujian hidup. Nabi Ibrahim diuji keimanan dengan menuntut korban daripada apa yang disayangi. Bukan senang-senang sahaja kita hendak mengaku tanpa kita dicabar.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” ~ surah Al-Ankabut ayat 2.

Aidilfitri membuat kita mahu sentiasa gembira manakala Aidiladha pula mengajak kita merenung bahawa untuk sebuah kegembiraan kita harus tempuh seribu pengorbanan. Seribu pengorbanan bermakna seribu tangisan. Itulah serba sedikit makna korban yang saya peroleh. Selamat Hari Raya Aidiladha.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

المصدر: Free Malaysia Today

0 Views

أضف تعليقاً

Your email address will not be published. Required fields are marked *