مباشر الأحد، 1 نوفمبر 2026
عاجل
الشرق الأوسطوول ستريت جورنال: ترامب بحث مع نتنياهو هاتفيا استئناف قصف إيرانالشرق الأوسطزلزال بقوة 5 درجات يضرب مدينة بوشهر في إيرانالعالمزلزال بقوة 6.1 درجة يضرب سواحل محافظة ميه اليابانيةمحلياتإنجاز تجاوز حدود الوطن، وكيل تعليم كفر الشيخ يستقبل ميار بطلة تحدي القراءة العربي بمكتبه (صور)الشرق الأوسطتصعيد إسرائيلي متواصل في غزةالعالمعمليات نهب للمتاجر، اشتباكات عنيفة بين محتجين والأمن في فرانكفورت الألمانية (فيديو)رياضة عالمية«نزال المكسيك ضد العالم»: كانيلو يستعيد عرش الملاكمة العالمية من قلب الرياضرياضة عالميةغضب جماهير برشلونة من هانز فليك بسبب حمزة عبدالكريم بعد سداسية ألافيسالعالمزلزال بقوة 6 درجات ريختر يضرب منطقة هونشو في اليابانالعالممكتب التحقيقات الفدرالي: كوريا الشمالية على صلة باختراق “باينانس”محلياتبدءا من اليوم، خفض محاسبة عدادات الكهرباء الكودية بالوادي الجديد إلى 192 قرشًا للكيلوواتالعالمأردوغان: ندعم السلام وأمن البحر الأسودالشرق الأوسطالمعارضة الكردية تضغط على أمن كردستانالشرق الأوسطلبنان.. تطور في قضية شاحنة المتفجراترياضة محليةزيارة هاني أبوريدة إلى تركيا تثير التساؤلات .. «شوبير»: ماذا يحدث بين محمد صلاح ومنتخب مصر؟العالمكوريا الديمقراطية تعلن اختبار رأس حربي عنقودي لصاروخ باليستياقتصاديصل إلى 6 جنيهات، انخفاض أسعار الزيت اليوم الأحد 1 نوفمبر 2026محلياتمصر.. بدء سريان تطبيق قرار جمهوري بخصوص التعبئة العامةفنونداليا أشرف في حوار خاص| من استوديوهات التليفزيون إلى الأمم المتحدة.. محطات فارقة في رحلتها الإعلامية نحو ملف المناخ العالميالشرق الأوسطأزمة الكهرباء تفاقم معاناة أمدرمانالشرق الأوسطوول ستريت جورنال: ترامب بحث مع نتنياهو هاتفيا استئناف قصف إيرانالشرق الأوسطزلزال بقوة 5 درجات يضرب مدينة بوشهر في إيرانالعالمزلزال بقوة 6.1 درجة يضرب سواحل محافظة ميه اليابانيةمحلياتإنجاز تجاوز حدود الوطن، وكيل تعليم كفر الشيخ يستقبل ميار بطلة تحدي القراءة العربي بمكتبه (صور)الشرق الأوسطتصعيد إسرائيلي متواصل في غزةالعالمعمليات نهب للمتاجر، اشتباكات عنيفة بين محتجين والأمن في فرانكفورت الألمانية (فيديو)رياضة عالمية«نزال المكسيك ضد العالم»: كانيلو يستعيد عرش الملاكمة العالمية من قلب الرياضرياضة عالميةغضب جماهير برشلونة من هانز فليك بسبب حمزة عبدالكريم بعد سداسية ألافيسالعالمزلزال بقوة 6 درجات ريختر يضرب منطقة هونشو في اليابانالعالممكتب التحقيقات الفدرالي: كوريا الشمالية على صلة باختراق “باينانس”محلياتبدءا من اليوم، خفض محاسبة عدادات الكهرباء الكودية بالوادي الجديد إلى 192 قرشًا للكيلوواتالعالمأردوغان: ندعم السلام وأمن البحر الأسودالشرق الأوسطالمعارضة الكردية تضغط على أمن كردستانالشرق الأوسطلبنان.. تطور في قضية شاحنة المتفجراترياضة محليةزيارة هاني أبوريدة إلى تركيا تثير التساؤلات .. «شوبير»: ماذا يحدث بين محمد صلاح ومنتخب مصر؟العالمكوريا الديمقراطية تعلن اختبار رأس حربي عنقودي لصاروخ باليستياقتصاديصل إلى 6 جنيهات، انخفاض أسعار الزيت اليوم الأحد 1 نوفمبر 2026محلياتمصر.. بدء سريان تطبيق قرار جمهوري بخصوص التعبئة العامةفنونداليا أشرف في حوار خاص| من استوديوهات التليفزيون إلى الأمم المتحدة.. محطات فارقة في رحلتها الإعلامية نحو ملف المناخ العالميالشرق الأوسطأزمة الكهرباء تفاقم معاناة أمدرمان
أسعار
دولار أمريكي56.03EGPيورو62.56EGPجنيه إسترليني75.00EGPريال سعودي14.94EGPدرهم إماراتي15.26EGPدينار كويتي180.24EGPدينار أردني79.02EGPريال قطري15.39EGPليرة تركية1.12EGPيوان صيني8.40EGPذهب 246,982.75EGP/جمذهب 216,109.91EGP/جمذهب 185,237.06EGP/جمفضة88.72EGP/جم
دولار أمريكي56.03EGPيورو62.56EGPجنيه إسترليني75.00EGPريال سعودي14.94EGPدرهم إماراتي15.26EGPدينار كويتي180.24EGPدينار أردني79.02EGPريال قطري15.39EGPليرة تركية1.12EGPيوان صيني8.40EGPذهب 246,982.75EGP/جمذهب 216,109.91EGP/جمذهب 185,237.06EGP/جمفضة88.72EGP/جم
خبر عاجل
اقرأ الخبر
Pandangan

Siapa selepas Netanyahu?

رجوع

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Menjelang Aidiladha, membaca berita pasal Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, ada yang menggembirakan. Tetapi bukan berita beliau dimasukkan ke hospital yang pejabatnya tidak memberi butiran jenis rawatan yang diterima. Umum tahu tahap kesihatan Netanyahu sering menjadi perdebatan di Israel.

Itu tidak menggembirakan saya. Yang saya seronok ialah berita kejatuhan Netanyahu semakin hampir. Seronok for ‘obvious reason’. Tidak perlu saya hurai kekejaman dan keganasan tentera Israel di Gaza dan Lubnan. Mereka bertindak atas arahan Netanyahu. Oh ya – beliau juga orangya yang memujuk Donald Trump menyerang Iran.

Semalam The Times of Israel melaporkan ‘Netanyahu orders IDF to intensify blows’. Ini di Lubnan atas alasan memburu Hezbollah. IDF–Israel Defense Forces ialah tentera Israel.

Penggunaan istilah ‘defense’ memualkan saya. Memberi gambaran atau mesej konon ia pasukan pertahanan. Mempertahankan. Pada hal ia yang selalu menyerang .

Apa pun, apabila ada berita bahawa era pemerintahan sang perdana menteri Israel Netanyahu hampir jatuh, tentulah saya gembira. Rasanya bukan saya seorang begitu.

Rabu lalu, rang undang-undang pembubaran Knesset atau Parlimen Israel diluluskan sekali gus membuka jalan untuk pilihan raya diadakan awal. Ini saya petik laporan Sinar Harian bertarikh 22 Mei.

Akhbar itu juga melaporkan bagi sang pengkritik, perkembangan itu dilihat sebagai ‘era kejatuhan Netanyahu’. ‘Beginning of the end as I see it’ untuk pemimpin berusia 76 tahun yang mendominasi politik Israel selama lebih sedekad .

Krisis tercetus apabila sekutunya golongan ultra ortodoks yang menjadi tulang belakang Netanyahu menarik sokongan susulan pertikaian mengenai pengecualian khidmat tentera untuk golongan itu.

Golongan ultra ortodoks mahu terus dikecualikan daripada khidmat ketenteraan. Namun tekanan semakin kuat menuntut semua komuniti Yahudi memikul tangungjawab ketenteraan. ‘No exception’.

Bagi Netanyahu, penarikan sokongan sekutu bermakna kehilangan majoriti di Knesset yang boleh menjatuhkan pentadbirannya pada bila-bila masa. Kehilangan beberapa kerusi sahaja sudah cukup untuk menumbang rejim Tel Aviv.

Bagaimanapun, tiada perkembangan lanjut. Sehingga artikel ini ditulis, Netanyahu masih memegang jawatan perdana menteri – bak bergayut pada dahan yang rapuh.

Menurut Reuters, hasil kaji selidik atau tinjauan terbaru menunjukkan Netanyahu akan kalah pada pilihan raya umum ‘expected later this year’.

Agensi berita antarabangsa itu juga melaporkan dua musuh politik Netanyahu yang ‘most formidable’ sudah berganding bahu untuk menumbangkan pentadbirannya.

Mereka ialah pemimpin puak kanan Naftali Bennett dan pemimpin aliran tengah Yair Lapid. Kedua-dua pernah menjadi perdana menteri Israel suatu ketika dulu.

Kedua-dua parti mereka bergabung menjadi satu dan diberi nama Together. Menurut Bennett, jika menang beliaulah yang akan jadi perdana menteri.

Bennett dan Lapid pernah bergabung tenaga dan berjaya menamatkan pemerintahan 12 tahun Netanyahu pada pilihan raya 2021. Mereka mendirikan pemerintahan campuran dengan majoriti tipis.

Pentadbiran itu ‘was deeply divided’ berhubung isu seperti konflik Israel-Palestin dan hanya bertahan 18 bulan sebelum Netanyahu kembali berkuasa.

Meskipun umur tak panjang, yang paling menarik ialah gabungan itu turut dianggotai parti mewakili golongan minorti Arab, yakni ‘Palestinian by heritage, Israeli by citizenship’. Parti mereka diberi nama United Arab List atau UAL.

Penyertaan UAL sebagai sebahagian pemerintah mencipta sejarah. Dan ketika itu dilihat sesuatu yang memberangsangkan dalam konteks hubungan Israel–Palestin. Malang hanya tinggal impian.

Kata Reuters, si Netanyahu telah kerap menunjukkan ‘remarkable political surviving skills’ pada masa lalu. Jelas beliau masih mahu ‘survive’. Ahad lalu, Netanyahu pos di Telegram gambar tahun 2021 menayangkan Bennett, Lapid bersama sama Mansour Abbas, ketua UAL.

Kapsyen berbunyi: “They did it once, they’ll do it again.”

Jelas beliau bermain sentimen anti-Palestin untuk menaikkan kemarahan rakyat Yahudi, sekali gus menimbulkan kemarahan mereka terhadap pasangan Bennett-Lapid kerana ‘berbaik’ dengan orang Palestin meskipun berwarga negara Israel.

Reaksi Bennett? Dengan pantas cuba menumpulkan serangan Netanyahu dengan menegaskan beliau tidak akan menubuhkan koalisi dengan parti Arab lagi. Bukan itu sahaja. Bennett juga menolak sebarang kemugkinan akan menyerah tanah kepada pihak ‘musuh’ – merujuk matlamat Palestin mendirikan negara bebas di kawasan yang ditakluki Israel.

Oleh itu saya menyatakan, andai Bennett menjadi perdana menteri menggantikan Netanyahu, dasar Israel terhadap Palestin tidak berubah. Sama ada lebih teruk atau ganas berbanding Netanyahu tidak dapat dipastikan. Yang pasti, beliau puak kanan.

Jika Lapid bagaimana? Tidak berubah juga dasar terhadap Palestin. Meskipun beliau seorang ‘centrist’ dan pernah menyatakan mahu rundingan dengan Palestinian Authority diadakan semula. Namun dalam pada itu, tetap berkata: “We’re not looking for a happy marriage with the Palestinians but for a divorce agreement we can live with.”

Rumusan saya: Walau siapapun menjadi perdana menteri Israel, dasar mereka terhadap Palestin sama dan serupa. Matlamatnya tetap memusnahkan hasrat penubuhan negara Palestin yang merdeka, melakukankan pembersihan etnik, mengembangkan kawasan Israel, merampas tanah Palestin dan menakluk keseluruhan bumi Palestin.

Maaf jika kata-kata saya itu membuat anda murung pada hari mulia ini. Sesungguhnya saya harap rumusan saya itu salah.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

المصدر: Free Malaysia Today

5 مشاهدة

أضف تعليقاً

لن يتم نشر عنوان بريدك الإلكتروني. الحقول الإلزامية مشار إليها بـ *