Live Thursday, 18 June 2026
BREAKING
Egyptian FM holds calls with Iranian counterpart , U.S. Envoy on regional developmentsZverev into French Open last-fourIsraeli fire kills four people in Gaza, medics sayAncelotti eases Neymar W. Cup fearsArab, Islamic states condemn Israeli actions at Al-AqsaSyria Hopes for Terrorism Delisting to Spur Economic RecoveryBenfica linked with Fulham’s SilvaVan der Breggen takes Giro leadKremlin: Saudi Arabia Named Guest of Honor at St. Petersburg Economic Forumرياضة محلية‘Really cool to share this journey with her’: Michelle Wie West playing for her family at U.S. Women’s OpenArchaeological Replicas Showcase Saudi Arabia’s Rich History at Kuala Lumpur Int’l Book FairRenewable Energy Helps Red Sea Global Avoid 118,000 Tons of Carbon EmissionsLetter: Carol Rumens obituaryEngland v India: third and deciding women’s T20 cricket international – liveHealthVolunteers serve comfort food in a worrying Ebola outbreak – Sault Michigan NewsEconomyTrump signs AI executive order asking companies to give government early access to modelsVarietySouth West Water fined nearly £2million after supplying homes with parasite-ridden water that left four people in hospital – and telling people it was safe to drinkScience & TechYour car is following you – how to reclaim your data privacy on the open roadWorldHigh school valedictorian yanked from stage after hijacking speech to rant against Israel and ICESaudi FM Receives Written Message from Russian CounterpartEgyptian FM holds calls with Iranian counterpart , U.S. Envoy on regional developmentsZverev into French Open last-fourIsraeli fire kills four people in Gaza, medics sayAncelotti eases Neymar W. Cup fearsArab, Islamic states condemn Israeli actions at Al-AqsaSyria Hopes for Terrorism Delisting to Spur Economic RecoveryBenfica linked with Fulham’s SilvaVan der Breggen takes Giro leadKremlin: Saudi Arabia Named Guest of Honor at St. Petersburg Economic Forumرياضة محلية‘Really cool to share this journey with her’: Michelle Wie West playing for her family at U.S. Women’s OpenArchaeological Replicas Showcase Saudi Arabia’s Rich History at Kuala Lumpur Int’l Book FairRenewable Energy Helps Red Sea Global Avoid 118,000 Tons of Carbon EmissionsLetter: Carol Rumens obituaryEngland v India: third and deciding women’s T20 cricket international – liveHealthVolunteers serve comfort food in a worrying Ebola outbreak – Sault Michigan NewsEconomyTrump signs AI executive order asking companies to give government early access to modelsVarietySouth West Water fined nearly £2million after supplying homes with parasite-ridden water that left four people in hospital – and telling people it was safe to drinkScience & TechYour car is following you – how to reclaim your data privacy on the open roadWorldHigh school valedictorian yanked from stage after hijacking speech to rant against Israel and ICESaudi FM Receives Written Message from Russian Counterpart
Prices
US dollar49.93EGPEuro57.68EGPBritish pound66.74EGPSaudi riyal13.31EGPUAE dirham13.60EGPKuwaiti dinar162.35EGPJordanian dinar70.42EGPQatari riyal13.72EGPTurkish lira1.08EGPChinese yuan7.37EGPGold 246,855.21EGP/gGold 215,998.31EGP/gGold 185,141.41EGP/gSilver109.99EGP/g
US dollar49.93EGPEuro57.68EGPBritish pound66.74EGPSaudi riyal13.31EGPUAE dirham13.60EGPKuwaiti dinar162.35EGPJordanian dinar70.42EGPQatari riyal13.72EGPTurkish lira1.08EGPChinese yuan7.37EGPGold 246,855.21EGP/gGold 215,998.31EGP/gGold 185,141.41EGP/gSilver109.99EGP/g
NEWS BREAKING
Super BM

Tak pernah lihat wajah bapa, waris jejak Landasan Maut demi kenangan, ketenangan hati

The Death Railway Interest group boarding
Waris mangsa Landasan Kereta Api Maut Siam-Burma menaiki kereta api bagi memulakan perjalanan ke Kanchanaburi, Thailand, untuk mengenang ahli keluarga yang dibawa pergi ketika penjajahan Jepun lebih 80 tahun lalu.

KUALA LUMPUR: S Govindasamy hanya berusia beberapa bulan apabila bapanya dibawa pergi tentera Jepun pada 1941.

Lebih lapan dekad kemudian, lelaki berusia 86 tahun itu masih tidak tahu di mana jasad bapanya disemadikan.

Malah, beliau tidak pernah berpeluang menatap wajah insan yang meninggalkannya terlalu awal, bukan kerana pilihan, tetapi kerana kekejaman perang.

“Saya tidak pernah melihat wajah ayah saya,” katanya ditemui di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur lama hari ini sempena rombongan anjuran Death Railway Interest Group Malaysia ke Kanchanaburi, Thailand.

Perjalanan simbolik itu sebagai tanda memperingati ahli keluarga mereka termasuk bapa Govindasamy yang dibawa pergi ketika penjajahan Jepun lebih 80 tahun lalu.

THE_DEATH_RAILWAY_INTEREST
Kumpulan Death Railway Interest Group Malaysia bersama keluarga mangsa, turut disertai Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur, Rajesh H Maniyil.

Rombongan terdiri daripada anak, cucu dan cicit mangsa dari Malaysia serta Singapura itu menaiki kereta api pagi ini untuk perjalanan selama 24 jam, menjejaki semula laluan yang pernah dilalui buruh paksa yang dihantar membina landasan berkenaan ketika Perang Dunia Kedua.

Govindasamy berkata, beliau menjadi yatim pada usia muda sebelum dibesarkan oleh saudara-mara selepas kehilangan bapanya.

Walaupun tiada kenangan bersama bapanya, penyertaan dalam upacara memperingati mangsa di Thailand setiap tahun sedikit sebanyak memberi ketenangan kepadanya.

Katanya, doa dan penghormatan yang diberikan kepada mangsa membuatkan beliau berasa lebih dekat dengan bapanya.

Ketua Death Railway Interest Group Malaysia, P Chandrasekaran, berkata rombongan itu juga akan melawat sebuah tanah perkuburan di Kanchanaburi yang dipercayai menjadi tempat pengumpulan dan pengebumian semula mayat ramai buruh Asia selepas perang tamat.

P Chandrasekaran
P Chandrasekaran.

Chandrasekaran berkata perjalanan tahunan itu penting bagi memastikan penderitaan buruh Asia yang terkorban ketika pembinaan landasan tersebut tidak terus dilupakan.

Katanya, kisah tawanan perang Bersekutu lebih diketahui umum kerana wujudnya tugu peringatan, tanah perkuburan dan upacara rasmi memperingati mereka setiap tahun.

“Kami tidak mempertikaikannya kerana itu memang wajar dilakukan. Tetapi di mana orang kita? Di mana mangsa Asia?

“Kita tahu lebih 100,000 orang terkorban, tetapi tiada siapa tahu di mana mereka berada,” katanya.

Chandrasekaran berkata, anggaran menunjukkan sehingga 300,000 buruh Asia mungkin dibawa untuk bekerja di landasan itu, namun jumlah sebenar masih dipertikaikan susulan ketiadaan rekod rasmi.

Kumpulan itu sebelum ini turut menyerahkan surat terbuka kepada perdana menteri Malaysia dan India, menggesa pengiktirafan rasmi diberikan kepada mangsa.

Chandrasekaran berkata, kerajaan Malaysia, India dan Thailand perlu membina sebuah tugu peringatan serta pusat maklumat khusus untuk mangsa Asia, sepertimana tapak peringatan yang dibina bagi tawanan perang Barat.

المصدر: Free Malaysia Today

0 Views

أضف تعليقاً

Your email address will not be published. Required fields are marked *