مباشر الأربعاء، 17 يونيو 2026
عاجل
رياضة محليةإخماد حريق نشب في وحدة سكنية بمنطقة الكيلو 7 بمطروحالعالمأوربان يؤكد ضرورة إصلاح الاتحاد الأوروبيالعالمنصر ترامب.. نهاية حرب إيران بأهداف مجهولةمنوعاتجامعة سمنود التكنولوجية تناقش مع المستثمرين وأصحاب المصانع تطوير التدريب والتوظيفمنوعاتمودريتش يقود تشكيل كرواتيا أمام إنجلترا في كأس العالم 2026العالمالسودان.. مسيرات “الدعم السريع” تستهدف أحياء سكنية بمدينة الرهد في ولاية شمال كردفانالعالم“التدخل السوري في لبنان”… لماذا يلوح به ترامب؟ وماذا يقول الخبراء؟منوعاتأسعار الذهب اليوم مرتفعة أم منخفضة في السعودية.. كيف تعرف اتجاه السوق الحقيقي؟رياضة محليةترامب: أريد أن تكون إسرائيل قادرة على حماية نفسهاسياسةميسي ومبابي وهالاند… ثلاثي يفرض نفسه في جولة المونديال الأولىالعالمنتيجة تاريخية للكونغو الديمقراطية ومذلة للبرتغال في مونديال 2026 (فيديو)رياضة محليةميسي يتفوق على رونالدو بقائمة الأكثر تسجيلا للهاتريك في المباريات الدوليةالعالمرد لبناني رسمي على مقترح ترامب تولي سوريا مسؤولية “التعامل مع حزب الله”رياضة محليةتفاصيل الاشتراطات البنائية لأراضي بيت الوطن للمصريين بالخارجمنوعاتعاجل| استقرار سعر الذهب الآن في محلات الصاغة.. عيار 21 يسجل هذا الرقمرياضة محليةالأمانة العامة لجامعة القاهرة ومركز ضمان الجودة يحصلان على شهادات الأيزوسياسة4 تعادلات و4 هزائم حصيلة المنتخبات العربية بالجولة الأولىسياسةعاجل..ترامب: سنترك الجيش الأمريكي في الخليج لبعض الوقتسياسةعاجل..ترامب: اتفاق إيران سيوقع خلال الـ48 ساعة المقبلةالعالمترامب: دول مجموعة السبع تريد إرسال قوات إلى مضيق هرمزرياضة محليةإخماد حريق نشب في وحدة سكنية بمنطقة الكيلو 7 بمطروحالعالمأوربان يؤكد ضرورة إصلاح الاتحاد الأوروبيالعالمنصر ترامب.. نهاية حرب إيران بأهداف مجهولةمنوعاتجامعة سمنود التكنولوجية تناقش مع المستثمرين وأصحاب المصانع تطوير التدريب والتوظيفمنوعاتمودريتش يقود تشكيل كرواتيا أمام إنجلترا في كأس العالم 2026العالمالسودان.. مسيرات “الدعم السريع” تستهدف أحياء سكنية بمدينة الرهد في ولاية شمال كردفانالعالم“التدخل السوري في لبنان”… لماذا يلوح به ترامب؟ وماذا يقول الخبراء؟منوعاتأسعار الذهب اليوم مرتفعة أم منخفضة في السعودية.. كيف تعرف اتجاه السوق الحقيقي؟رياضة محليةترامب: أريد أن تكون إسرائيل قادرة على حماية نفسهاسياسةميسي ومبابي وهالاند… ثلاثي يفرض نفسه في جولة المونديال الأولىالعالمنتيجة تاريخية للكونغو الديمقراطية ومذلة للبرتغال في مونديال 2026 (فيديو)رياضة محليةميسي يتفوق على رونالدو بقائمة الأكثر تسجيلا للهاتريك في المباريات الدوليةالعالمرد لبناني رسمي على مقترح ترامب تولي سوريا مسؤولية “التعامل مع حزب الله”رياضة محليةتفاصيل الاشتراطات البنائية لأراضي بيت الوطن للمصريين بالخارجمنوعاتعاجل| استقرار سعر الذهب الآن في محلات الصاغة.. عيار 21 يسجل هذا الرقمرياضة محليةالأمانة العامة لجامعة القاهرة ومركز ضمان الجودة يحصلان على شهادات الأيزوسياسة4 تعادلات و4 هزائم حصيلة المنتخبات العربية بالجولة الأولىسياسةعاجل..ترامب: سنترك الجيش الأمريكي في الخليج لبعض الوقتسياسةعاجل..ترامب: اتفاق إيران سيوقع خلال الـ48 ساعة المقبلةالعالمترامب: دول مجموعة السبع تريد إرسال قوات إلى مضيق هرمز
أسعار
دولار أمريكي50.20EGPيورو58.29EGPجنيه إسترليني67.40EGPريال سعودي13.39EGPدرهم إماراتي13.67EGPدينار كويتي162.83EGPدينار أردني70.81EGPريال قطري13.79EGPليرة تركية1.08EGPيوان صيني7.42EGPذهب 246,841.83EGP/جمذهب 215,986.60EGP/جمذهب 185,131.37EGP/جمفضة109.82EGP/جم
دولار أمريكي50.20EGPيورو58.29EGPجنيه إسترليني67.40EGPريال سعودي13.39EGPدرهم إماراتي13.67EGPدينار كويتي162.83EGPدينار أردني70.81EGPريال قطري13.79EGPليرة تركية1.08EGPيوان صيني7.42EGPذهب 246,841.83EGP/جمذهب 215,986.60EGP/جمذهب 185,131.37EGP/جمفضة109.82EGP/جم
خبر عاجل

Tanpa PAS, Bersatu berisiko jadi ‘Pejuang kedua’, kata penganalisis

Muhyiddin-Yassin
Presiden PAS Hadi Awang berkata PAS mungkin bertanding dalam PRU16 tanpa Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin susulan perselisihan antara dua parti itu.

PETALING JAYA: Tanpa akses kepada jentera pilihan raya dan rangkaian akar umbi PAS, Bersatu berisiko dilihat sebagai parti Melayu kecil, kata penganalisis susulan parti Islam berkenaan mempertimbangkan semula kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN).

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, kejayaan Bersatu memenangi 31 kerusi Parlimen dalam PRU15 pada 2022 banyak dipengaruhi kekuatan organisasi PAS serta pangkalan pengundinya.

Beliau memberi amaran Bersatu berpotensi menjadi tidak relevan, sekiranya kerjasama antara dua parti berkenaan terputus.

“Tanpa PAS, Bersatu mungkin menjadi sekadar satu lagi parti Melayu kecil, mungkin mengikut jejak langkah Pejuang,” katanya merujuk parti ditubuhkan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad pada 2020 yang kini diterajui anaknya, Mukhriz.

Dua tahun kemudian, Pejuang memimpin gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) dalam PRU15 dengan bertanding di 125 kerusi Parlimen, namun mengalami kekalahan teruk sehingga semua calon, termasuk Mahathir sendiri hilang deposit.

Sementara itu, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, PAS telah muncul sebagai tunjang operasi PN, khususnya di kawasan luar bandar dan separa bandar Melayu.

Katanya, Bersatu akan sukar mempertahankan kerusinya tanpa rangkaian sukarelawan setia PAS serta jentera akar umbinya yang luas.

Beliau berkata, parti Islam itu mempunyai lebih pengaruh ideologi dalam kalangan pengundi Melayu berbanding Bersatu.

“Bersatu mampu hilang kredibiliti dalam kalangan golongan Melayu konservatif yang semakin melihat PAS sebagai sauh ideologi gabungan itu berbanding Bersatu.

“Tanpa PAS, Bersatu berisiko dilihat sebagai parti elit Melayu yang tiada kekuatan akar umbi,” katanya.

Menurutnya, pertelingkahan terbaru antara PAS dan Bersatu bukan hanya berkait perbezaan personaliti atau ketegangan jangka pendek, sebaliknya membayangkan peralihan lebih mendalam berhubung struktur kuasa PN.

“PAS kini mahu menjadi kuasa dominan dari segi politik, bukan sekadar rakan sokongan dalam PN.”

Jumaat lalu, Hadi dilaporkan berkata, PAS mungkin bertanding dalam PRU16 tanpa Bersatu, susulan beberapa tindakan yang didakwa melanggar semangat setia kawan dalam PN.

Beliau memetik beberapa isu yang mengeruhkan hubungan kedua-dua parti, termasuk usaha menyingkirkan ketua menteri Perlis, dakwaan campur tangan dalam pelantikan melibatkan Kedah dan Kelantan serta penentangan Bersatu terhadap kemasukan parti Melayu-Islam baharu ke PN.

Hadi turut mengkritik Bersatu menuntut jumlah kerusi yang banyak, walaupun jentera akar umbinya lemah, malah mengatakan kebanyakan kerja asas dalam pilihan raya terdahulu dilaksanakan sukarelawan PAS.

Menjawab kenyataan Hadi, Bersatu menyuarakan rasa kesal dan berkata semua keputusan besar dalam PN patut ditentukan menerusi Majlis Tertinggi gabungan itu.

Bersatu dan PAS menubuhkan PN pada 2020 serta memimpin gabungan itu sehingga 1 Jan lalu, apabila Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan pengerusinya, yang kemudian diambil alih Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar pada 22 Feb lalu.

Patah arang kerat rotan?

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, kenyataan Hadi baru-baru ini menjadi titik perubahan dalam PN memandangkan kritikan kini disuarakan secara terbuka oleh presidennya sendiri.

“Sukar untuk membaiki hubungan ini.”

Jelasnya, PRU16 akan mendedahkan sejauh mana Bersatu sebenarnya bergantung kepada PAS, yang jenteranya begitu penting dalam kejayaan pilihan raya Bersatu sebelum ini.

“Tanpa PAS, calon Bersatu sama ada yang menyandang atau akan datang, berdepan kesukaran dalam PRU16.”

المصدر: Free Malaysia Today

0 مشاهدة

أضف تعليقاً

لن يتم نشر عنوان بريدك الإلكتروني. الحقول الإلزامية مشار إليها بـ *